Vidio
Vidio ialah perkhidmatan penstriman video lepas pelantar yang berpangkalan di Indonesia yang ditubuhkan pada 15 Oktober 2014. Ia pernah dimiliki oleh Kreatif Media Karya, sebelum diserahkan kepada Surya Citra Media yang menjadi pemilik terkininya; kedua-dua entiti ini merupakan anak syarikat Elang Mahkota Teknologi (Emtek).[1] Kandungan perkhidmatan ini terdiri daripada saluran percuma ke udara dan langganan, penstriman langsung, filem dan drama, dan televisyen.[2] Ia adalah salah satu platform penstriman terbesar di Asia Tenggara.[3]
PT Vidio Dot Com | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | Tapak web rasmi |
Jenis perniagaan | Perseroan Terbatas |
Jenis | |
Tersedia dalam | Indonesia |
Ditubuhkan | 15 Oktober 2014 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Anak syarikat kumpulan Emtek: Kreatif Media Karya (2014-2019) Surya Citra Media (2019-kini) |
Pengasas | Adi Sariaatmadja |
Orang penting |
|
Syarikat induk | Surya Citra Media |
Kandungan dan sokongan | |
Pendaftaran |
|
Status terkini | Aktif |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Bandar Dagang Senayan, Jakarta Pusat |
Kawasan diberi khidmat |
|
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingVidio diasaskan pada 15 Oktober 2014 dan bertujuan untuk menjadi pelantar setempat berperanan seumpama YouTube bagi orang Indonesia.[4] Pada asalnya, kandungan Vidio didominasi oleh kandungan yang dijana pengguna dan kandungan TV daripada saluran media Emtek. Pada 2015, Vidio mempunyai kira-kira 3,000 hingga 4,000 pengguna aktif bulanan.[5][6]
Jumlah pelaburan Emtek dalam Vidio setakat Mac 2019 mencecah 240 bilion rupiah. Surya Citra Media merancang untuk mengambil alih Vidio pada harga 115 bilion rupiah.[7] Selepas menghasilkan 3 siri asal pada 2019, Vidio mula mengeluarkan lebih banyak siri asli pada Vidio Premier, perkhidmatan langganan premium mereka, digelar sebagai "Vidio Originals" pada 2020. Pada tahun yang sama, Vidio mempunyai 40 juta pengguna aktif.[8]
Semasa pandemik COVID-19, pelantar itu menyaksikan pertumbuhan 225% dan mencatatkan lebih daripada 5 juta muat turun di gedung-gedung aplikasi App Store dan Play Store.[9][10]
Rujukan
sunting- ^ Franedya, Roy (31 Mei 2019). "Resmi! Pemilik SCTV akuisisi Vidio.com dan Kapanlagi.com dari EMTEK". CNBC Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Maulana, Adhi (11 September 2015). "Aplikasi Vidio.com Jadi Tempat Baru untuk Nonton Video Seru". Liputan 6. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2018. Dicapai pada 6 September 2020.
- ^ "Managing Director Emtek Sutanto Hartono: Vidio.com Berhasil jadi Platform Streaming Terbesar". Liputan 6. 24 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2020. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Mandiri, Ardi (14 November 2014). "Vidio.com, Youtube-nya Indonesia". Suara. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Cosseboom, Leighton (21 Mei 2015). "Emtek's Vidio wants to be a more social version of YouTube for Indonesians". Tech in Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Yenny, Yusra (9 Disember 2019). "Indonesia's Battle of Video Streaming Platforms". DailySocial. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Fajrian, Happy (8 April 2019). "Induk SCTV akan Akuisisi 3 Media Digital, Investor Diminta Tahan Saham". Katadata. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Wardani, Agustin Setyo (23 Januari 2020). "Vidio Berkomitmen Rilis 20 Judul Original Series di 2020". Liputan 6. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2020. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Farveen, Farzanah (23 April 2020). "Indonesian streaming platform Vidio records 225% growth amid COVID-19". Marketing Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Burhan, Fahmi Ahmad (23 April 2020). Setyowati, Desy (penyunting). "Saingi IndoXXI, Aplikasi Vidio Diunduh 5 Juta Kali di Tengah Pandemi". Katadata. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.