2024
Tahun
2024 (MMXXIV)
adalah tahun semasa, dan adalah satu tahun lompat bermula pada hari Isnin pada takwim Gregorius, tahun ke-2024 penggunaan Common Era (CE) dan Tahun Masihi (AD), tahun ke-24 untuk milenium ke-3, tahun ke-24 untuk abad ke-21, dan tahun ke- 5 untuk dekad 2020-an.
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
sunting- Kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 (Paris 2024), akan diadakan secara rasminya di Paris, Perancis, bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.
- Kejohanan Eropah UEFA 2024 (UEFA Euro 2024), akan berlangsung secara rasminya di Jerman, bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024.
- Pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Trans Borneo sepanjang 96.3km, yang akan menghubungkan antara Sarawak ke Sabah melalui Brunei, akan dimulakan pembinaannya pada suku pertama tahun 2024. [1]
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan mula dibuka serta beroperasi secara rasmi pada awal tahun 2024. [2]
- Ogos 2024 - Bermulanya pelaksanaan menyeluruh projek pembinaan bangunan pencakar langit ikonik setinggi 46 tingkat Sarawak Global Trade Center, yang akan dibina di atas tapak baharu di Jalan Demak, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Projek pembinaan bangunan ikonik terbaharu ini dijangka akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.
Peristiwa yang diramalkan dan dijadualkan
sunting- Perpindahan kediaman rasmi Presiden Republik Indonesia dan ibu pejabat pentadbiran negara ke Ibu Kota Nusantara (IKN). [3]
- Pelaksanaan projek pembinaan dan penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, ditamatkan pelaksanaannya pada bulan Februari 2024, bagi memberi laluan sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pembangunan laluan trem pintar Autonomous Rail Transit (ART) di Sarawak. [4]
- MYTV Broadcasting akan mempunyai sebanyak 38 saluran TV digital terestrial baharu (termasuk 15 saluran TV digital sedia ada) dan juga sebanyak 20 saluran radio secara percuma, menjelang akhir bulan Oktober 2024.
- Perodua akan memperkenalkan model kenderaan baharunya, Perodua Nexis, dan akan dilancarkan pada awal bulan Februari 2024. [5]
- Malaysia bakal mempunyai sebanyak 200 buah stesen pengecas kenderaan elektrik (electric vehicles charging stations) milik Gentari di seluruh negara, menjelang akhir tahun 2024.
- Sarawak akan mempunyai sebanyak 50 buah stesen pengisian hidrogen bersepadu milik Petroleum Sarawak (PETROS) di seluruh daerah di Sarawak, menjelang akhir tahun 2024.
- Kuching, Sarawak akan menjadi tuan rumah rasmi Kongres Perpaduan & Keamanan Antarabangsa 2024 (World Peace & Unity Congress 2024). [6]
- Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke–79.
- Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bakal berlangsung di Kuching, Sarawak.
- Sambutan Hari Kemerdekaan ke–67.
- Sambutan Hari Malaysia ke–61.
- Pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri Sabah dijangka akan mencapai sasaran pelaksanaan sebanyak 80 peratus (80%), menjelang akhir Oktober 2024.
- Penamatan penuh siaran TV analog secara serentak di seluruh Indonesia, susulan transformasi penyiaran TV digital terestrial secara menyeluruh.
Kematian
suntingRujukan
sunting- ^ https://tvstv.my/2023/09/24/pembinaan-lebuhraya-trans-borneo-bernilai-rm3-bilion-bermula-tahun-depan/
- ^ https://dayakdaily.com/ilp-serian-dijangka-beroperasi-awal-tahun-2024-bakal-lahirkan-tenaga-kerja-berkemahiran-tinggi/
- ^ https://www.ikn.go.id/en/letak-ibu-kota-baru-indonesia-bernama-nusantara-ini-detail-lokasinya
- ^ https://www.mysarawakmetro.com/
- ^ https://paultan.org/2023/10/04/perodua-d66b-dnga-based-b-suv-to-be-launched-in-malaysia-early-2024-according-to-kenanga-research/
- ^ https://www.perpaduan.gov.my/