Pergi ke kandungan

Cicakman (francais)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5836404 pada 10:25, 7 Mei 2023 oleh Fandi89 (bincang | sumb.) (Kemaskini.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Cicakman
PenciptaYusry Abdul Halim
Hasil kerja asalCicak-Man (2006)
Dimiliki olehKRU Studios
Tahun2006–2017
Penerbitan cetakan
NovelCicak-Man (2007)
KomikCicakman (2008)
Filem dan televisyen
Filem
Siri animasiCicakman The Series (2017)
Audio
Runut bunyi
Cicak-Man

Cicak-Man (juga disebut Cicakman) ialah sebuah francais media Malaysia yang berkisarkan kepada siri filem adiwira terbitan KRU Studios. Francais ini juga termasuk novel, komik, permainan muda alih dan siri animasi TV.

Filem pertamanya dikeluarkan pada 2006, yang memulakan tetralogi asal filem yang berkisarkan tentang adiwira eponim.[1][2] Berdasarkan kutipan menggalakkan untuk filem pertama, kesinambungannya telah diterbitkan pada 2008, diikuti dengan filem terakhirnya yang diterbitkan pada 2015. Hanya filem pertama dalam francais ini yang berjaya secara komersial berbanding dengan sambutan terhadap dua filem berikutnya.

Saiful Apek, Fasha Sandha, Yusry Abdul Halim, Aznil Nawawi, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie merupakan barisan pelakon tetap untuk dua filem pertama. Untuk filem ketiga, Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz menggantikan barisan pelakon asal dua filem terdahulu. Kesemua tiga filem dalam francais ini mendapat ulasan positif dan bercampur-campur. Filem utamanya dikenali sebagai Trilogi Cicakman. Runut bunyinya juga dikeluarkan untuk kesemua tiga filem dalam francais ini.

Trilogi Cicakman

[sunting | sunting sumber]
Filem Tarikh keluaran Pengarah Penulis skrip Cerita oleh Penerbit
Cicak-Man 7 Disember 2006 (2006-12-07) Yusry Abdul Halim Yusry Abdul Halim dan Meor Shariman Yusry Abdul Halim Johan Lucas
Cicakman 2: Planet Hitam 11 Disember 2008 (2008-12-11) Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim dan Ahmad Puad Onah
Cicakman 3 12 Ogos 2015 (2015-08-12) Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar Yusry Abdul Halim, Ghaz Abu Bakar dan Nizam Zakaria Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar Norman Abdul Halim, Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Gayatri Su-Lin Pillai

Cicak-Man (2006)

[sunting | sunting sumber]

Berlatarkan bandar raya Metrofulus, ia berkisarkan tentang Hairi yang bekerja di Klon Technologies, telah mencari vaksin baharu untuk penyakit baharu. Dia terlalu malu untuk mendekati Tania (setiausaha Profesor Klon), gadis yang dicintainya dan cukup janggal untuk menelan cicak-cicak yang jatuh dalam secawan kopinya. Cicak itu telah dicemari oleh virus baru dan Hairi akan mendapat beberapa ciri "cicak.

Cicakman 2: Planet Hitam (2008)

[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kekecohan di Metrofulus apabila bandar itu dilanda pencemaran air yang teruk, yang dikatakan berpunca daripada sistem kawalan air mentah yang dicipta oleh Profesor Klon. Kemunculan Rrama telah menimbulkan masalah apabila dia bertindak menghapuskan semua musuh Profesor Klon termasuk Cicak-Man. Pada masa yang sama, Ginger Ghosts pula kembali untuk membalas dendam terhadap Cicak-Man atas kematian mereka.

Cicakman 3 (2015)

[sunting | sunting sumber]

Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro.

Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Siri TV dibatalkan

[sunting | sunting sumber]

Berikutan kejayaan Cicak-Man, KRU bercadang untuk menerbitkan siri drama adaptasi filem ini pada tahun 2007,[3] dengan 13 episod diterbitkan.[4] Bagaimanapun, projek itu dibatalkan kerana KRU memutuskan untuk memberi perhatian kepada trilogi filem Cicak-Man.

Pelakon dan kru

[sunting | sunting sumber]

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]
Penunjuk senarai
  • Italik menunjukkan peralihan kepada peranan kecil, seperti imbasan lanjutan, selepas penampilan awal.
  • Sel kelabu gelap menunjukkan tiada watak dalam filem itu.
Pelakon Filem
Cicak-Man Cicakman 2 - Planet Hitam Cicakman 3
Saiful Apek Hairi Yatim / Cicakman  
Fasha Sandha Tania Ashraf  
Yusry Abdul Halim Danny  
Aznil Nawawi Profesor Klon  
Tamara Bleszynski   Rrama  
Adlin Aman Ramlie Ginger 1 / Ginger Ghost 1  
AC Mizal Ginger 2 / Ginger Ghost 2  
Sharifah Amani   Iman  
Louisa Chong   Miss Chee  
Linda Onn   Amarr  
Jalaluddin Hassan Presiden Ramlan  
Fahrin Ahmad   Jurukamera  
Zizan Razak   Man/Cicakman
Lisa Surihani   Linda
Fizz Fairuz   Inspektor Adam/Superbro
Bell Ngasri   Jojo
Adam Corrie   Hassan
Raykarl Iskandar   Boboy

Kru tambahan dan butiran penerbitan

[sunting | sunting sumber]
Filem Kru/butiran
Komposer Sinematografi Penyunting Syarikat penerbitan Syarikat pengedaran Tempoh masa (min)
Cicak-Man Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim Indra Che Muda Andy Sjahrial KRU Studios KRU Films 106
Cicakman 2: Planet Hitam Edry Abdul Halim Mohd Filus Ghazali Mohd Elmy Khalim KRU Studios
Grand Brilliance
Grand Brilliance
Cathay-Keris Films
102
Cicakman 3 Zambree Harras Hidayat Razali KRU Studios
Grand Brilliance
Astro Shaw
KRU Films
TGV Cinemas
Primeworks Studios
121

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan CGI Cicak-Man

[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah dirakamkan menggunakan Dolby TrueHD, dan kira-kira 40% daripada filem itu telah dirakamkan di Skrin Hijau. Pasukan kesan visual yang diketuai oleh pengarah, Yusry, menggunakan teknologi CGI untuk merealisasikan sepenuhnya bandar fiksyen Bandar Metrofulus (yang berdasarkan Kuala Lumpur), pergerakan protagonis adiwira dan pelbagai set digital. Lebih 90% daripada rotoskop dan penggubahan kerja telah dijalankan oleh KRU Films (kini KRU Studios), yang juga di sebalik skor muzik dan kesan audio.[5]

Penerbitan Cicakman 2: Planet Hitam

[sunting | sunting sumber]

Penggambaran yang dijalankan di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Kuala Lumpur menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam kesinambungan ini disifakan lebih baik dan lebih tinggi dalam kualiti daripada prekuel serta kos harga RM 50 ribu setiap set manakala di prekuel pakaian yang kos hanya RM 20 ribu setiap set digunakan.[6]

Penerbitan Cicakman 3

[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Johor dengan koss penerbitan sebanyak RM 4 juta.[7] Peningkatan kos Ialah kebanyakannya akibat kos pakaian untuk Cicakman dan SuperBro, setiap berjumlah RM 100 ribu setiap satu.[8]

Kutipan pecah panggung

[sunting | sunting sumber]
Filem Tarikh tayangan Kutipan Belanjawan
Cicak-Man 7 Disember 2006 RM 6.7 juta RM 1.7 juta
Cicakman 2: Planet Hitam 11 Disember 2008 RM 2.7 juta RM 2.5 juta
Cicakman 3 12 Mac 2015 RM 2.5 juta RM 3.5 juta
Jumlah RM 11.9 juta RM 7.7 Juta[9][10]

Respons kritis

[sunting | sunting sumber]

Cicak-Man mencipta sejarah filem Malaysia dengan berjaya meraih kutipan RM350,000 dengan jumlah kehadiran penonton 47.116 pada hari pertama. [11] Filem ini akhirnya memberikan syarikat penberbitan, KRU Group of Companies, rangsangan RM6.7 juta disebabkan oleh jualan. Cicak-Man menerima banyak penghargaan dari pelbagai individu di atas usaha pengarah itu sebelum ia dilkeluarkan. Salah seorang daripada mereka ialah Dato' Yusof Haslam atau "Six Million Dollar Man".[12] David Teo sebagai penerbit filem dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group merujuk Cicak Man sebagai satu keajaiban dengan sambutan dan perbezaan yang ditunjukkan dalam industri perfileman Malaysia. Selain daripada pembikin filem, bekas presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim, memuji karya beliau dicipta oleh Yusry dan KRU. [13] Walaupun terdapat orang-orang yang memuji Cicak Man, terdapat ramai lagi yang mengkritik filem ini sangat. Mansor Putih dalam satu temu bual dengan Harian Metro berkata bahawa filem itu tidak mempunyai 'jiwa', nilai-nilai estetika dan budaya. Terdapat individu yang membandingkan antara Cicak Man dan Spider-Man, Batman, Superman, dan filem-filem superhero lain dari Hollywood, tetapi sebelum ia dikeluarkan kepada orang ramai, pengarah, Yusry telah menasihatkan orang ramai untuk tidak membandingkan Cicak Man dengan watak-watak superhero lain kerana bajet adalah jelas lebih rendah berbanding dengan produksi Hollywood. Cicakman 2 - Planet Hitam pertama kali dikeluarkan pada Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 [14] pada 5 Oktober 2008 sebagai perdana dunia untuk wira-wira dalam segmen Asia. Dua sesi telah diadakan pada 7 Oktober di festival itu. Di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem itu telah dikeluarkan pada 11 Disember 2008 dengan matlamat oleh penerbit berjuta tiket dijual berbanding 670,000 tiket dijual untuk Cicakman. Filem ini dijangka akan dikeluarkan di Indonesia pada Januari 2009.

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Cicak-Man: Original Soundtrack

[sunting | sunting sumber]
Cicak-Man: Original Motion Picture Soundtrack
Runut bunyi oleh
Pelbagai
Dilancarkan pada1 September 2006
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, rock, R&B, balada
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatKRU Records
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album runut bunyi Cicak-Man mengandungi 8 lagu, ia telah dikeluarkan pada 1 September 2006 oleh KRU Records sebelum tayangan perdana filem ini.[15]

Senarai runut
No.TajukArtisMasa
1."Cicakman"The Times2:44
2."Telinga Ke Tulang"Spider4:00
3."Diari Seorang Lelaki"Pretty Ugly4:22
4."Menunggumu"Ezlynn4:09
5."Profesor Klon"Aznil Nawawi3:34
6."Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi"Yusry KRU3:28
7."Bukan Ilusi"Dr. Kronik4:10
8."Dialah Aku"Syuga3:57


Cicakman 2: Original Soundtrack

[sunting | sunting sumber]
Cicakman 2: Original Motion Picture Soundtrack
Runut bunyi oleh
Pelbagai
Dilancarkan pada1 Oktober 2008
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, rock, R&B, balada
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatKRU Records
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album runut bunyi Cicak-Man 2 mengandungi 7 lagu, ia telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2008 oleh KRU Records sebelum tayangan perdana filem ini.[16]

Senarai runut
No.TajukArtisMasa
1."Mau Yang Besar"Pianka4:03
2."Lemah"Dafi3:10
3."Berhenti Mencinta"Flava3:14
4."Dibius Cinta"Melly Goeslaw, Yusry KRU4:20
5."Planet Hitam"Tyco3:51
6."Ular"Anita Sarawak3:30
7."Sumpah Takkan Cari Yang Lain"Edry KRU3:43


Lagu tema rasmi Cicakman 3 ialah "Adiwira" nyanyian Zizan Razak dan KRU. Ia dikeluarkan pada 14 Disember 2014.[17]

Media lain

[sunting | sunting sumber]
Kulit buku novel Cicak-Man.

Sebuah novel adaptasi filem ini ditulis oleh penulis skrip Cicak-Man, Meor Shariman dan diterbitkan oleh KRU Publications. Ia dijangka akan diterbitkan sebelum filem Cicak-Man ditayangkan. Walau bagaimanapun, filem Cicak-Man telah ditayangkan dahulu sebelum novelnya diterbitkan. Terdapat beberapa kelainan antara cerita dalam novel dengan filem ini.[18]

Komik Cicakman diterbitkan oleh KRU Publications dan dikeluarkan secara bulanan pada Jun 2008. Terdapat juga beberapa kelainan antara cerita dalam komik dengan filem ini.[19]

Permainan mudah alih

[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan Cicak-Man, penyedia hiburan mudah alih Ozura, anak syarikat milik Nextnation Communication telah melancarkan permainan mudah alih senama dalam kerjasama media bersepadu dengan KRU dan DiGi Telecommunications. Ia dilancarkan pada Januari 2007.[20][21]

  1. ^ "Harian Metro: Yusry Taruh Harapan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2016-03-27.
  2. ^ "Cicakman 3 kutip RM2.5 juta 10 hari tayangan". Harian Metro. 24 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 29 November 2015.
  3. ^ Ellyna Ali (11 Disember 2006). "Cicak-Man jadi siri televisyen". Harian Metro. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  4. ^ Adly Syairi Ramly (11 Disember 2006). "Cicakman a millionaire" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  5. ^ * The Official CICAKMAN Website
  6. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (5 November 2008). "Cicakman 2 libatkan Tamara untuk tembus pasaran Indonesia". mStar Online. Dicapai pada 8 Februari 2013.
  7. ^ http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/482-foto-di-sebalik-tabir-penggambaran-filem-cicakman-3
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-04-13.
  9. ^ "Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2016-03-27.
  10. ^ Rizki, Ridhatul (4 Mac 2015). "'Cicakman 3' Telan Belanja RM3.5 Juta". Tonton Extra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2015-11-29.
  11. ^ Cicak-Man cecah kutipan RM2 juta dalam tempoh 5 hari[pautan mati kekal]
  12. ^ http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20061217104847/Article/indexm_html[pautan mati kekal]
  13. ^ http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20061218110324/Article/indexm_html[pautan mati kekal]
  14. ^ "Kosmo: Cicakman 2 di Busan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2016-04-15.
  15. ^ Cicak Man (Original Soundtrack) di iTunes Malaysia.
  16. ^ Cicak Man 2 (Original Soundtrack) di iTunes Malaysia.
  17. ^ "Adiwira Lagu Tema Cicakman 3, Gabung KRU & Zizan Razak". astrogempak.com.my. Dicapai pada 2016-05-10.
  18. ^ "KRU ghairah terbit novel artis pula". Berita Harian. 4 September 2006. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  19. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (2 Jun 2008). "KRU pasarkan komik superhero Cicakman". Berita Harian. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  20. ^ "Cicak-Man mobile game now available" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 11 Januari 2007. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  21. ^ "Cicak-Man goes mobile" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 17 Januari 2007. Dicapai pada 6 Februari 2021.