Gula
Gula (Jawi: ݢولا ; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3] (pinjaman Arab: سُكَّر, rumi: sukkar ) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[4] dicirikan oleh suatu rasa manis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong")[5] atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung[6]).
Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[7] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[8]
Sifat kimia
[sunting | sunting sumber]Gula jika dipanaskan haba akan mengurai lalu bertindak balas melepaskan sebatian meruap seperti asetil serta menampakkan tekstur unik, fenomena ini disebut sebagai pengkaramelan.
Jenis gula
[sunting | sunting sumber]Monosakarida
[sunting | sunting sumber]Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
- Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah.
- Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah.
- Galaktosa terdapat dalam susu.
Disakarida
[sunting | sunting sumber]Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:
- Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul glukosa dengan satu molekul fruktosa.
- Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul glukosa dengan molekul galaktosa.
- Maltosa yang terdapat dalam gula malt merupakan gabungan dua molekul glukosa..
Penghasilan
[sunting | sunting sumber]Kesan terhadap kesihatan
[sunting | sunting sumber]Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,619 kJ (387 kcal) |
Karbohidrat | 99.98 g |
- Gula | 99.91 g |
- Serabut diet | 0 g |
Lemak | 0 g |
Protein | 0 g |
Air | 0.03 g |
Riboflavin (vit. B2) | 0.019 mg (2%) |
Kalsium | 1 mg (0%) |
Besi | 0.01 mg (0%) |
Kalium | 2 mg (0%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,576 kJ (377 kcal) |
Karbohidrat | 97.33 g |
- Gula | 96.21 g |
- Serabut diet | 0 g |
Lemak | 0 g |
Protein | 0 g |
Air | 1.77 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.008 mg (1%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.007 mg (1%) |
Niasin (vit. B3) | 0.082 mg (1%) |
Vitamin B6 | 0.026 mg (2%) |
Folat (vit. B9) | 1 μg (0%) |
Kalsium | 85 mg (9%) |
Besi | 1.91 mg (15%) |
Magnesium | 29 mg (8%) |
Fosforus | 22 mg (3%) |
Kalium | 346 mg (7%) |
Natrium | 39 mg (3%) |
Zink | 0.18 mg (2%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Pada 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam suatu laporan teknikal mengemukakan bukti hubungan peminuman air bergula (termasuk jus buah) dengan kebuncitan disebabkan pertambahan tenaga perlu yang diambil:[9] gula sendirinya bukan penyebabk kegemukan tetapi mampu mendorong kepada tabitan pemakanan tidak sihat jika diambil secara berlebihan.[9] Metaanalisis lanjut juga menunjukkan bahawa pengambilan berlebihan minuman dimaniskan gula meningkatkan risiko kencing manis tahap 2 dan sindrom metabolik pada kedua-dua lingkungan anak-anak dan dewasa.[10][11]
Gula turut menjejaskan kesihatan gigi kerana kerosakan yang boleh disebabkan pemakanan gula yang berlebihan.[9]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 368. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 73–74.
- ^ "gula". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ Lihat:
- ^ "IUPAC Gold Book - sugars". Goldbook.iupac.org. 2009-09-07. Dicapai pada 2009-12-20.
- ^ "The journey of sugar". British Sugar. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2011. Dicapai pada 23 March 2012.
- ^ "Broodsuiker". Klinkert, H. C. (1885). Nieuw Nederlandsch-Maleisch Woordenboek. Leiden: Brill. m/s. 122. "Witte suiker in brood, goela djantoeng, omdat een suikerbrood hartvormig is."
- ^ International sugar statisticshttp://www.illovosugar.com/World_of_sugar/Sugar_Statistics/International.aspx
- ^ "OECD-FAO Agricultural Outlook 2020-2029" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Makanan dan Pertanian. 2019. Dicapai pada 15 Februari 2021.
- ^ a b c Penasihatan Pakar Bersama WHO/FAO (2003). "WHO Technical Report Series 916: Diet, Nutrition and the Prevention of Chronic Diseases" (PDF). Dicapai pada 25 Disember 2013.
- ^ Malik, V. S.; Popkin, B. M.; Bray, G. A.; Despres, J.-P.; Willett, W. C.; Hu, F. B. (2010). "Sugar-Sweetened Beverages and Risk of Metabolic Syndrome and Type 2 Diabetes: A meta-analysis". Diabetes Care. 33 (11): 2477–83. doi:10.2337/dc10-1079. PMC 2963518. PMID 20693348.
- ^ Malik, Vasanti S.; Pan, An; Willett, Walter C.; Hu, Frank B. (2013-10-01). "Sugar-sweetened beverages and weight gain in children and adults: a systematic review and meta-analysis". The American Journal of Clinical Nutrition (dalam bahasa Inggeris). 98 (4): 1084–1102. doi:10.3945/ajcn.113.058362. ISSN 0002-9165. PMC 3778861. PMID 23966427.