Pengepungan Constantinople (1204)
Pengepungan Constantinople (1204) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Salib Keempat | |||||||||
Kemasukan Para Salibi ke Constantinople, oleh Eugène Delacroix | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Empayar Byzantine |
Tentera Salib Republik Venice | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Alexios IV Angelos Alexios V Doukas |
Boniface I Enrico Dandolo | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Byzantine: 15,000 tentera,[1]
|
Tentera Salib: 10,000 tentera[3]
| ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Tidak diketahui | Tidak diketahui |
Pengepungan Constantinople atau Penjarahan Constantinople berlaku pada tahun 1204 dan menandakan kemuncak Perang Salib Keempat. Tentera Salib yang memberontak telah menawan, menjarah dan memusnahkan sebahagian Constantinople, ibu negara bagi Empayar Byzantine. Selepas ditawan, Empayar Latin kemudian ditubuhkan dan Baldwin dari Flanders telah ditakhtakan sebagai Maharaja Baldwin I dari Constantinople dalam Hagia Sophia.
Selepas kota ini dijarah, kebanyakan wilayah Empayar Byzantine telah dibahagi-bahagikan dan dikawal oleh Tentera Salib. Para bangsawan Byzantine juga menubuhkan beberapa negara-negara kecil yang merdeka, salah satunya adalah Empayar Nicaea, yang mana berjaya menawan semula Constantinople pada tahun 1261 dan mengistiharkan pengembalian semula empayar. Bagaimanapun, empayar yang dipulihkan semula ini tidak pernah kembali pada bekas sempadan wilayah dan status ekonominya, dan akhirnya tumpas pada kebangkitan Kesultanan Uthmaniyyah dalam Pengepungan Constantinople pada tahun 1453.
Penjarahan Constantinople menjadi titik tolak penting dalam sejarah Zaman Pertengahan dan Kristian. Keputusan Tentera Salib untuk menyerang ibu kota utama Kristian tidak dijangka dan serta merta menjadi kontroversi, meskipun dalam kalangan Pasukan Salib sendiri. Hubungan antara dunia Kristian timur dan barat rosak teruk dan tidak akan pulih sepenuhnya untuk beberapa tahun selepasnya, dan menyebabkan Empayar Byzantine menjadi lebih miskin, kecil dan kurang mampu untuk mempertahankan diri sendiri daripada penaklukan Turki selepasnya. Perang Salib Keempat ini menyebabkan dunia Kristian lebih berpecah dan lemah berbanding sebelumnya.