Pergi ke kandungan

Kata lakur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Portmanteau)

Kata lakur[1] (bahasa Inggeris: portmanteau, sebutan bahasa Inggeris: /pɔːtˈmantəʊ/) dalam konteks linguistik difahamkan sebagai suatu penggabungan kata-kata,[2] di mana bahagian pelbagai perkataan atau bunyi tersendiri digabungkan menjadi perkataan baru,[3][4][5] misalnya "jenama" hasil penggabungan ungkapan kata "jenis nama", atau "tadika" hasil penggabungan ungkapan kata "taman didikan kanak-kanak". Dalam linguistik, singkatan ditakrifkan sebagai satu perjalanan yang mewakili dua atau lebih morfem.[6][7][8][9]

Asal usul kata

[sunting | sunting sumber]

Idea pelakuran kata ini mula disebutkan secara umum oleh Lewis Carroll dalam sebuah bukunya yang berjudul Through the Looking-Glass (1871). Dalam buku tersebut, Humpty Dumpty menjelaskan kepada Alice erti kata slithy yang diucapkan oleh Jabberwocky. Kata baru ini terbentuk dari dua perkataan iaitu lithe (lentur) dan slimy (berlendir), yang digabungmampatkan menjadi satu perkataan:

"Well, slithy means lithe and slimy... You see it's like a portmanteau — there are two meanings packed up into one word."

Lewis Carroll dalam buku Through the Looking-Glass (1871).

Perkataan portmanteau (pada zaman novel ini dikarang, ia merujuk kepada suatu jenis beg bimbit yang dibahagikan kepada dua bahagian masing-masing untuk membawa pakaian dan barangan lain semasa melancong[10]) yang memerangkan fenomena ini sendirinya merupakan suatu kata gabung: ia kata pinjaman bahasa Perancis porte-manteau yang hasil penggabungan porter, "membawa" dan manteau, "mantel" (dua-duanya berakar dari mantellum dalam bahasa Latin).[11]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "kata lakur". prpm.dbp.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2022. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  2. ^ Garner's Modern American Usage Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. , p. 644
  3. ^ "Portmanteau". Merriam-Webster Offline Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2008. Dicapai pada 21 June 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Portmanteau word". The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2007. Dicapai pada 21 June 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Portmanteau word". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2013. Dicapai pada 23 Ogos 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "What is a portmanteau morph?". LinguaLinks Library. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Thomas, David (1983). "An invitation to grammar". Summer Institute of Linguistics. Bangkok: Mahidol University: 9. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Crystal, David (1985). "A dictionary of linguistics and phonetics" (ed. 2nd). New York: Basil Blackwell: 237. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ Hartmann, R.R.K.; Stork, F.C. (1972). "Dictionary of language and linguistics". London: Applied Science: 180. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ "portmanteu". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. Dicapai pada 18 Julai 2019. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  11. ^ "Portmanteau". The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition. 2000.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]