Altimet
Altimet | |
---|---|
التيميت | |
Kelahiran | Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad 27 November 1978 |
Pekerjaan | Komposer, penulis lirik, pelakon, ahli politik |
Tahun aktif | 1999–2019 (sebagai penyanyi) 1999–kini (sebagai komposer dan penulis lirik) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Lembah Jaya | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha |
Majoriti | 6,678 (PRU-15) |
Ketua Cabang PKR Ampang | |
Menyandang jawatan 9 Julai 2022 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Pengerusi PKR Selangor | Amirudin Shari |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | PKR (sejak 2021) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (2021-kini) |
Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Altimet (lahir 27 November 1978)[2] merupakan seorang komposer, penulis lirik, pelakon, penyanyi rap serta ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew yang meraih kejayaan antara 1999 dan 2007.[3] Beliau telah mengumumkan bahawa kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi setelah hari lahirnya yang ke-40 telah tamat, namun masih akan menerima tawaran mengarang lagu bagi pihak lain.[4]
Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Al-Hadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Al-Sagoff. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan dengan muzik hip hop sejak berusia 11 tahun, minatnya berputik semasa mendengarkan lagu "Bring The Noise" nyanyian Anthrax dan Public Enemy.[5]
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Altimet memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999. Ia turut disertai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz , Dr Harin Bala, dan Fiquetional.[6][7] Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo.[7]
Pada November 2013, Altimet bekerjasama dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[8]
Pada tahun 2016, Altimet tampil dengan single "Memang Mudah" di mana beliau bekerjasama dengan rapper, Sasi The Don dan Maya Hanum. Lagu itu dirakamkan sempena ulang tahun ke-9 syarikat pengiklanan, Mudah.my.[9]
Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu "Amboi" pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.[10]
Beliau menamatkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November 2018. Namun begitu, beliau masih tetap menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.[11] Konsert The Last Altimet Show yang ditunda sehingga Februari 2019 merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.[4]
Penceburan lain
[sunting | sunting sumber]Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Altimet mengusahakan jenama pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label "Benua Clothing" bersama seorang rakan kongsi yang juga kawan rapatnya, Mohd Nizar Manaf. Label ini mula beroperasi pada awal Mei 2014.[12] Selain itu, beliau turut menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Flizzow.[11]
Beliau juga mengumumkan akan menubuhkan sebuah francais kedai gunting rambut dan melabur dalam syarikat piza dan aplikasi pembelajaran al-Quran, Recite.[4]
Penampilan lain
[sunting | sunting sumber]Altimet merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek insiatif muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor, Maya Karin dan lain-lain.[13]
Beliau merupakan salah seorang dari 10 duta baharu 1M4U.[14] Altimet menjadi pelakon dalam filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi pelakon utama dalam PU Wid di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[6]
Selain itu, beliau juga muncul dalam pementasan teater Ola Bola The Musical memegang watak sebagai Sarjan Ahmad.[15]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Altimet secara rasminya menyertai PKR pada April 2021, dengan salah satu tujuan utama ingin melihat ketua PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara serta mengukuhkan penglibatan bidang kesenian dalam politik negara. [16][17] Pada 2023, beliau menjadi calon bagi pihak Pakatan Harapan – gabungan parti PKR – dalam pilihan raya negeri Selangor 2023 di Lembah Jaya.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Calon | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N20 Lembah Jaya | Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (PH-PKR) | 26,298 | 57.27 | Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN-PAS) | 19,620 | 42.73 | 45,918 | 6,678 | 69.94% |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Saya, Altimet yang berjanji telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[20] Beliau mendedahkannya dalam satu laporan Hlive: - hoi hoi ya hoi
Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.[21]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Album studio
- First Among Equals (2007)
- Kotarayaku (2014)
- Air (2018)
- O (2018)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2014 | Rentap | Penampilan istimewa |
2018 | Busker | |
2019 | Ejen Ali: The Movie | Andik (suara) |
2021 | Hutang 2D | Gua Mambang |
Belaban Hidup: Infeksi Zombie | Sukma |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Riot!: Rebel With a Cause | Dirinya sendiri | Astro Premier | Penampilan khas |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Umrah Kita | Pengacara | TV9 | bersama Noh Salleh & Aizat Amdan |
2015 | Sounds Of Muslims: Austria | |||
2016 | Sounds Of Muslims: Greece & Macedonia | |||
PU Wid | Tora | Astro Oasis | ||
2017 | Sounds Of Muslims: Denmark | Pengacara | TV9 | |
My Mudah Stories | Astro Ria |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Ola Bola The Musical | Sarjan Ahmad[22] |
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Here In My Home | Diri sendiri | Lagu khas untuk Malaysian Artistes For Unity |
2014 | Hello | Diri sendiri | Bersama The Trisno Trio |
2016 | Amboi | Diri sendiri | |
2018 | Bunga | Diri sendiri | |
2018 | Jejaga | Diri sendiri | Bersama A'trez, Minah B & Mat Piah |
Konsert dan jelajah
[sunting | sunting sumber]- The Last Altimet Show (2019)[23]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Juara Lagu ke-32 | Persembahan Terbaik | "Amboi" | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyanyi Lelaki Popular | — | Tercalon | |
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Hazama) | — | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hasbullah Awang Chik (4 Februari 2018). "Walau nekad, Altimet tidak jadi bersara jika ibu bantah". The Malay Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Budiey Isma (16 Disember 2016). "Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI". Budiey.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
- ^ "Bukan bintang rap sejati". Berita Harian. 23 Januari 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
- ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (28 November 2018). "Berhenti menyanyi, Altimet tolak tawaran lima angka". BH Online. Dicapai pada 29 November 2018.
- ^ "Biodata Altimet, rapper terkenal Malaysia". Azhan.co. 2 Februari 2017. Dicapai pada 8 Mac 2017.
- ^ a b "Kritikan peminat cetus inspirasi". Berita Harian. 13 Mei 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
- ^ a b Yeoh, Angelin (17 Februari 2017). "Don't shoot the messenger" [Jangan bidas utusan]. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
- ^ Nadia Azam (7 Jun 2016). "Altimet kongsi rezeki dari Kalau Aku Kaya". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Disember 2016.
- ^ "Mudah.my creates music video featuring Altimet". Marketing Interactive. 25 November 2016. Dicapai pada 14 Jun 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (12 Februari 2018). "Cubalah pujuk ibu saya - Altimet". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ a b Nur Asyikin Mayudin (18 Ogos 2017). "Altimet Nekad Tinggalkan Dunia Seni". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Sofea Susan Albert Kassim (25 Julai 2014). "Benua Clothing Tampil Rekaan Eksklusif Busana Lelaki Muslim, Kanak-Kanak". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Wanda Idris (1 Jun 2008). "Malaysian Artistes For Unity". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-26. Dicapai pada 19 Mac 2014.
- ^ Muhammad Adnan (26 Julai 2016). "iM4U lantik 10 duta baharu". mStar Online. Dicapai pada 9 Disember 2016.
- ^ Ola Bola The Musical bakal menyaksikan penampilan teater muzikal pertama altimet Suria FM (11 Oktober 2017). Dicapai pada 7 Mac 2018.
- ^ Buang, Shakira; Har Vian, Yasmin; Nasaruddin, Nazira Hasanah (1 April 2021). "Altimet kini sah sertai PKR". Malaysiakini. Dicapai pada 3 April 2021.
- ^ Palansamy, Yiswaree (1 April 2021). "Ex-rapper Altimet joins PKR, says prodded by thoughts about children's future". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2021.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 13 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 13 December 2020. Percentage figures based on total turnout.
- ^ Syafiqah Jalal (18 Februari 2019). ""Saya Dah Berumah Tangga 15 Tahun Lalu"- Altimet Tiada Niat Menipu, Tapi…". Gempak. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ "Rupa-rupanya Altimet sudah kahwin 15 tahun lalu". Astro Awani. 18 Februari 2019. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (22 Januari 2018). "Altimet terpaksa 'ponteng' pementasan Ola Bola". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Asraf Aded (19 Disember 2018). The Last Altimet Show! Konsert Terakhir Altimet Sebelum Bersara Astro Gempak. Dicapai pada 27 Februari 2019.