Anugerah Muzik Amerika (AMAs) ialah rancangan anugerah muzik tahunan Amerika, yang biasanya diadakan dalam Musim Luruh, dicipta oleh Dick Clark pada tahun 1973 untuk ABC apabila kontrak rangkaian untuk menyiarkan Anugerah Grammy tamat tempoh.[1] Ia merupakan salah satu rancangan muzik Big Three yang diadakan setiap tahun (yang lain ialah Anugerah Grammy dan Anugerah Muzik Billboard). Sehingga edisi 2005, kedua-dua pemenang dan pencalonan dipilih oleh ahli-ahli industri muzik, berdasarkan persembahan komersial, seperti jualan dan siaran. Sejak edisi 2006, pemenang telah ditentukan oleh tinjauan umum dan peminat, yang boleh mengundi melalui laman web AMA.[2] Patung anugerah ini dihasilkan oleh firma New York, Society Awards.