Bani Tamim
Bani Tamim (Arab: بنو تميم ) adalah salah satu suku Arab terbesar dan paling banyak tersebar di Semenanjung Arab, pantai Mediterranean timur, dan Iraq.[1] Bani Tamim terbahagi kepada beberapa suku kaum, antara lain Zaid Manah, Hanzalah, Rayah, Kulaib, Yarbu', Nihsyal, dan Majasya'.[2] Di antara puak yang terkenal pada masa ini adalah keluarga Emir Al Thani, yang memerintah Qatar.[1]
Bani Tamim adalah keturunan dari Tamim bin Murr, yang merupakan anak kepada Ad, salah satu keturunan Elyas bin Mudar, yang tidak lain adalah nenek moyang Nabi Muhammad.[2] Pada zaman pra-Islam, mereka menetap di Nejd, Yamamah, Bahrain, hingga lembah Furat.[2] Bani Tamim masuk Islam tahun 2 AH.[2] Pada masa kekhalifahan Abu Bakar, sebahagian Bani Tamim luput dan enggan membayar zakat, kerana perkataan-perkataan Sajah binti al-Harith dan Musailamah al-Kazzab, yang mendakwa diri mereka sebagai nabi.[3] Khalid bin al-Walid dengan tentera Islam dihantar untuk mengubah minda Bani Tamim, yang mengakibatkan perang dan sekumpulan Bani Tamim terbunuh; namun kebanyakan daripada mereka kemudian kembali kepada Islam.[3]
Pada masa penyebaran Islam selanjutnya, Bani Tamim adalah antara suku yang dihantar oleh Umar bin al-Khattab untuk menakluk Iraq, Parsi dan Khurasan, dan sejak itu bertaburan di kawasan itu.[2][4] Ada juga yang telah dihantar untuk menakluk Afrika Utara, di mana puak tertentu menjadi kuat dan berkuasa di Tunisia, iaitu dinasti Bani Aghlab.[2][5]
Orang ternama
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Jamie Stokes, penyunting (2009). Encyclopedia of the Peoples of Africa and the Middle East. Infobase Publishing. m/s. 100. ISBN 143812676X, 9781438126760.
- ^ a b c d e f Dr. Syauqi AK. (2007). Atlas Hadits: Uraian Lengkap Seputar Nama, Tempat, dan Kaum yang Disabdakan Rasulullah SAW. Niaga Swadaya. m/s. 89. ISBN 9792582207, 9789792582208.
- ^ a b Ibnu Kathir (2015). Al-Bidayah wan Nihayah: Masa Khulafaur Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman, & Ali ra.). Tahzib: Muhammad Shamil as-Sulami. Ikhlas Publishing. m/s. 88-90.[pautan mati kekal]
- ^ D.C.P. Thalen (2012). Ecology and Utilization of Desert Shrub Rangelands in Iraq. Springer Science & Business Media. m/s. 111-112. ISBN 9400996225, 9789400996229.
- ^ J. Gordon Melton (2014). Faiths Across Time: 5,000 Years of Religious History. ABC-CLIO. m/s. 577. ISBN 1610690265, 9781610690263.