Pergi ke kandungan

Bantuan:Kategori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kategori digunakan dalam Wikipedia untuk menghubungkan rencana-rencana di bawah satu topik dan lazimnya ditemui di bawah sekali laman. Apabila mengklik nama kategori, anda mendapat senarai laman (rencana) dan sub-kategori dalamnya.

Semua kategori ini membentuk sebuah tatatingkat, tetapi sub-kategori boleh tergolong dalam dua atau lebih kategori sekaligus. Misalnya, dipetiknya sebahagian tatatingkat kategori seperti berikut:

Kategori:Sejarah Kategori:Sejarah mengikut lokasi Kategori:Sejarah mengikut negara
Category:Sejarah Jepun Category:Sejarah Korea Category:Sejarah Malaysia Category:Sejarah Kuala Lumpur
Category:Sejarah Amerika Syarikat Category:Sejarah California
Category:Sejarah Zambia

Hubungan antara kategori ini mungkin kelihatan agak rumit kerana sesebuah kategori boleh tergolong dalam dua atau lebih kategori lain sekaligus.

Kategori tahap tertinggi yang khusus untuk para pembaca ialah Kategori:Rencana and Kategori:Kandungan, kerana dalam kategori-kategori inilah tercapainya segala rencana di sini.