Beri Sedikit Waktu
Beri Sedikit Waktu | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Insheera Nordin |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Zamri Zakaria |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Tulus" oleh Azmi Saat |
Lagu penutup | "Tulus" oleh Azmi Saat |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Datuk Rosyam Nor Shamsuddin Datin Runika Mohd Yusof |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 16 November 2020 – 9 Disember 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hati Yang Tersakiti |
Diikuti oleh | Misteri Mona |
Beri Sedikit Waktu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Zamri Zakaria dibintangi oleh Aqasha, Zara Zya dan Nabil Mahir. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 16 November 2020 menggantikan Hati Yang Tersakiti.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Farhan (Nabil Mahir) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.
Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah (Laila Nasir]] dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).
Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.
Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.
Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak utama
[sunting | sunting sumber]- Aqasha sebagai Imran
- Zara Zya sebagai Hananiah
- Nabil Mahir sebagai Farhan
- Atikah Suhaime sebagai Haryani
Watak pembantu
[sunting | sunting sumber]- Farisha Irwayu sebagai Sofia
- Laila Nasir sebagai Faridah
- Farid Wari sebagai Hadi
- Man Raja Lawak sebagai Nasir
- Rayyan Iman sebagai Lukman
- Ain Sufia sebagai Elly
- Ummar Dzariff sebagai Imran
- Aryana Amani sebagai Sofea
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Tulus" - Azmi Saat
- "Tiada Dendam" - Zara Zya
- "Hanya Mimpi" - Neeta Manishaa
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Beri Sedikit Waktu (TV3)". My Infotaip. 11 Ogos 2020. Dicapai pada 16 November 2020.