Demon's Souls
Pembangun | From Software SCE Japan Studio |
---|---|
Penerbit | |
Pengarah | Hidetaka Miyazaki |
Pereka | From Software Hidetaka Miyazaki (Pengarah) Masanori Takeuchi (Penerbit) Eiichi Nakajima (Pembantu penerbit) Sony Computer Entertainment Takeshi Kaji (Penerbit judul) Takahiro Kaneko (Pembantu penerbit judul) |
Komposer | Shunsuke Kida |
Platform | PlayStation 3 |
Pelepasan | |
Genre | RPG |
Mod | Seorang pemain, pemain berganda dalam talian |
Demon's Souls (デモンズソウル , ˈdimənz soʊlz) (Tulisan Jawi: ديمونز سولز) merupakan sebuah judul permainan video berperanan dengan elemen aksi yang direka oleh From Software (dengan bantuan daripada SCE Japan Studio) secara eksklusif untuk konsol PlayStation 3. Judul ini dikeluarkan di Jepun pada 5 Februari, 2009 dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment; di Amerika Utara pula pada 7 Oktober, 2009 dan diterbitkan oleh Atlus, manakala di Eropah pada 25 Jun, 2010 dan diterbitkan oleh Namco Bandai.
Bertemakan sebuah dunia Eropah purba, para pemain mengawal seorang pahlawan yang telah menjejakkan kaki ke negeri jajahan Boletaria, yang kini telah ditelan oleh sejenis kabus yang membawa dengannya syaitan dan makhluk-makhluk ganas yang memakan roh manusia hidup. Permainan video ini dikaitkan dengan siri King's Field[4], iaitu sebuah siri judul-judul daripada pereka yang sama. Gaya permainannya bercorakkan sebuah sistem penciptaan watak dengan penekanan kepada pengumpulan barang-barang melalui pertarungan dengan musuh dalam dunia yang tidak linear serta bervariasi. Demon's Souls juga memiliki sebuah sistem berbilang pemain dalam talian unik yang digabungkan menjadi permainan seorang pemain di mana para pemain boleh meninggalkan mesej-mesej berguna termasuklah amaran-amaran kepada pemain di dunia mereka masing-masing.
Setelah dikeluarkan di Jepun dan Amerika Utara, Demon's Souls telah menerima sambutan positif daripada golongan pengkritik, sekaligus memenangi beberapa anugerah. Rekaan seni fantasi gelapnya, variasi dalam pertarungan serta sistem integrasi dalam talian Demon's Souls telah dipuji, manakala tahap kesukaran permainannya dianggap sebagai sebuah cabaran yang asli.
Gaya permainan
[sunting | sunting sumber]Para pemain boleh mengawal seorang watak utama menerusi perspektif orang ketiga yang boleh diubahsuai pada permulaan permainannya termasuklah rambut, ciri-ciri muka, kelas pahlawan dan jantina.[5] Terdapat 10 buah kelas yang boleh dipilih oleh para pemain, meliputi kelas Knight, Barbarian, Thief, Magician, dan sebagainya, di mana setiap kelas memiliki senjata dan statistik yang unik kepada kelas masing-masing, memberi peluang kepada para pemain memilih corak permainan yang diinginkan.[6]
Apabila para pemain berjaya membunuh syaitan, mereka mengumpul soul (roh) yang boleh digunakan sebagai mata wang untuk berjual beli, membaiki dan menaiktaraf senjata, serta menaikkan statistik watak pemain seperti strength (kekuatan), luck (nasib), endurance (daya ketahanan), dan lain-lain.[7] Di samping itu, para pemain juga boleh mengumpul barang-barang lain seperti ore (bijih) dan senjata-senjata untuk meningkatkan mutu perisai dan sebagainya. Apabila para pemain dibunuh pertama kalinya di medan lawan, mereka dihantar kembali ke kawasan permulaan aras tersebut di mana musuh-musuh selain daripada boss akan hidup kembali, justeru para pemain kembali di dalam bentuk soul di mana nyawa mereka berkurang dan kehilangan segala soul yang dikumpul.[8] Jika para pemain berjaya kembali semula ke kawasan di mana mereka dibunuh, mereka mendapat semula kesemua soul yang dirampas, namun jika mereka dibunuh sebelum sampai ke kawasan tersebut, soul yang dirampas akan hilang buat selamanya. Apabila tidak menentang musuh, para pemain berada di Nexus, sebuah alam roh di mana para pemain boleh menyimpan barangan dan mengubah haluan ke dunia-dunia lain. Setelah menewaskan ketua sesuatu kawasan, para pemain mencipta sebuah titik semak di mana mereka boleh kembali ke Nexus dan kemudiannya meneruskan perjalanan daripada lokasi yang sama.
Permainan boleh berubah mengikut World Tendency (Kecenderungan Dunia) dan Character Tendency (Kecenderungan Watak), daripada hitam kepada putih atau sebaliknya. Kecenderungan ini bergantung kepada tindakan para pemain sepanjang perjalanan mereka dalam dunia Demon's Souls misalnya seperti membunuh atau membantu NPC. Apabila kecenderungan ini berada pada status putih musuh-musuh lebih mudah diasak, namun ganjarannya berkurang; manakala dalam status hitam musuh-musuh lebih sukar ditentang namun ganjaran yang diberikan bertambah. Para pemain mampu memanipulasi kecederungan ini untuk menyesuaikan dengan keinginan semasa mereka. Kecenderungan watak memberi kesan kepada watak pemain secara menyeluruh, manakala kecenderungan dunia hanya memberi kesan kepada sesuatu kawasan itu sehaja.[9]
Dalam talian
[sunting | sunting sumber]Apabila para pemain dihubungkan ke PlayStation Network, permainan dalam talian digabungkan menjadi suatu pengalaman permainan solo. Di mana-mana kawasan permainan, para pemain dapat melihat dengan ringkas pergerakan serta aksi pemain lain sebagai roh putih yang dapat mendedahkan kawasan-kawasan tersembunyi ataupun suis dan alat-alat yang boleh digerakkan. Apabila para pemain terbunuh, mereka meninggalkan kesan darah yang muncul dalam pelayan Demon's Souls justeru boleh dilihat oleh semua. Apabila disentuh, saat-saat akhir sebelum kematian watak pemain yang meninggalkan kesan darah tersebut dimainkan semula dalam bentuk roh merah, secara langsung dapat membantu para pemain yang melihatnya mengelakkan nasib yang sama. Mesej-mesej berguna boleh juga ditinggalkan untuk memberi amaran kepada watak-watak dunia lain akan situasi atau musuh berbahaya, lokasi-lokasi perangkap mahupun taktik-taktik berguna yang boleh memudahkan pertarungan. Mesej-mesej ini pula boleh dicadangkan oleh para pemain supaya lebih mudah dipercayai di samping memberi manfaat kepada pemilik mesej-mesej tersebut.[10]
Apabila bermain bersama-sama pemain lain, permainan secara koperasi membenarkan tiga watak untuk bekerjasama di dalam dunia hos di mana tetamu dunia tersebut muncul dalam bentuk roh yang hanya mampu kembali ke dunia mereka setelah ketua sesuatu kawasan itu ditewaskan. Jika seorang Black Phantom berjaya membunuh hos dunia yang diserangnya, dia mampu kembali ke dunianya dalam bentuk jasad akan tetapi jika dirinya terbunuh, hos tersebut memiliki sebahagian daripada roh Black Phantom tersebut.[11]
Latar belakang cerita
[sunting | sunting sumber]Demon's Souls berlatarkan tempat yang diinspirasikan oleh zaman Eropah kuno, iaitu di sebuah negeri kerajaan Boletaria, di bawah naungan Raja Allant XII. Disebabkan sifatnya yang tamak, baginda telah memulakan pencariannya untuk kekuasaan dan kedamaian menerusi sebuah upacara gelap yang menyalurkan tenaga roh-roh yang membawa kepada kemakmuran agung kerajaan Boletaria, sehinggalah munculnya Kabus Tebal yang meliputi kawasan luar, sekaligus mengasingkan kerajaan tersebut daripada dunia luar. Kerajaan-kerajaan jiran telah cuba untuk menghantar peninjau untuk menyiasat namun tiada satupun yang berjaya kembali setelah melangkah masuk kabus tersebut.[12] Setelah Vallarfax berjaya melepaskan dirinya daripada Kabus Tebal, khabar berita keadaan kerajaan Boletaria tersebar ke seluruh dunia. Dengan menyalurkan roh-roh, Raja Allant telah membangkitkan Old One, iaitu sejenis syaitan gergasi yang hidup di bawah Nexus. Dengan kebangkitan Old One, sebuah kabus hitam telah muncul dan menyeru syaitan-syaitan yang memakan roh manusia, di mana yang ditinggalkan menjadi jasad semata-mata kehilangan kewarasan akal mereka lalu menjadi ganas. Tanpa sebarang rintangan, kabus tersebut mula tersebar secara berperingkat melepasi sempadan Boletaria.[13]
Ramai pahlawan berani telah cuba untuk merentasi kabus tersebut dan menyelamatkan kerajaan Boleteria manakala ada juga yang diseleweng di atas prospek menggunakan demon's soul, namun kedua-dua belah pihak tetap juga tewas.[14] Para pemain mengawal salah satu daripada pahlawan yang merentasi kabus ini dan memasuki kawasan kerajaan Boletaria,[15] namun setelah menjejak kaki, pahlawan itu terbunuh oleh syaitan yang besar. Setelah terbunuh, pahlawan ini yang kini berada dalam bentuk roh, muncul di Nexus. Di Nexus, Maiden in Black mengalu-alukan kedatangan pahlawan-pahlawan ini, iaitu seorang gadis buta bermisteri dengan sepasang mata yang diliputi lilin. Gadis berpakaian gelap ini memberi peluang kepada pahlawan-pahlawan ini untuk meneruskan perjalanan mereka ke dunia Boletaria untuk mengumpul demon's soul dan meningkatkan kuasa mereka, supaya akhirnya mereka dapat membebaskan kerajaan tersebut daripada syaitan Old One.[16]
Satu demi satu, pahlawan-pahlawan yang berada di kawasan-kawasan Boletaria menewaskan syaitan-syaitan yang sedia ada; iaitu di Istana Boletaria, Terowong Stonefang, Menara Latria, Makam Petir dan Lembah Kekotoran. Di kawasan-kawasan ini juga mereka akan menemui manusia-manusia unggul di Boletaria. Setelah pahlawan kawalan pemain mengumpul segala demon's soul, Maiden in Black akan membuka sebuah kawasan di bawah Nexus untuk menentang Old One. Gadis tersebut akan menyeru kepada Old One yang kemudiannya menjemput pahlawan tersebut untuk bertemu dengan Raja Allant XII yang kini telahpun berubah rupa.[17] Semasa konfrontasi di antara mereka berdua, Raja Allant menyatakan bahawa disebabkan oleh kesengsaraan dan keganasan yang dihidupkan oleh manusia sendiri, Old One telah bertindak dengan penuh belas kasihan dengan mengakhiri kewujudan manusia yang tragik."[18]
Di penghujung Demon's Souls pahlawan kawalan pemain diberi pilihan sama ada untuk membunuh Maiden in Black ataupun beredar meninggalkan gadis itu justeru kehilangan segala pengetahuan tentang soul arts. Jika dipilih untuk meninggalkannya, maka pahlawan tersebut telah berjaya menentang nafsu untuk memiliki roh-roh tersebut apabila kabus yang meliputi kawasan luar akhirnya hilang dan membawa bersamanya Old One dan Maiden in Black yang kembali kepada tidur mereka yang abadi. Boletaria akhirnya dibebaskan daripada kurungan kesengsaraannya.[19] Namun jika para pemain memilih untuk membunuh Maiden in Black, mereka akan tertarik kepada kuasa yang ditawarkan roh-roh tersebut, akhirnya menjatuhkan dunia ke lumrah kejahatan disamping Old One.[20]
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Sebelum bermulanya pembangunan selama dua tahun judul ini[21], menurut ketua pengarah Hidetaka Miyazaki, studionya telahpun berbincang untuk menjadikan judul mereka yang seterusnya sebagai pengganti kepada siri King's Field.[21] Sebaliknya penerbit SCEJ Takeshi Kajii sekadar mengaitkan judul ini kepada King's Field, di mana dia menjelaskan "Saya merupakan peminat From Software, tetapi itu bermakna terdapat juga beberapa bahagian yang saya kurang berpuas hati dengan permainan video mereka," mengatakan bahawa pilihan pembangunan ini merupakan suatu peluang untuk menjadi lebih kreatif dan dengan potensi menjadi lebih inovatif, dengan penjelasanya "Jika ini merupakan judul King's Field yang baru, maka terdapatlah bahagian-bahagian yang tidak dapat disentuh kerana mereka sebahagian daripada siri tersebut; dengan bekerjasama dengan kumpulan ini dapatlah kami mencipta sesuatu yang benar-benar baru."[4] Namun terdapat banyak elemen daripada siri King's Field yang boleh dilihat dalam latar belakang Demon's Souls, selain daripada gaya permainan serta tahap kesukarannya yang mencabar. Selain daripada King's Field, Kajii juga menyebut tentang permainan buku bersifat fantasi misalnya seperti Fighting Fantasy dan Titan sebagai sumber inspirasi kepada banyak lokasi dan rekaan watak-watak.[22] Gaya watak-watak lain seperti boss "Adjudicator" menerima sumber inspirasi daripada paganisme, namun rekaannya tidak diambil bulat-bulat, sebaliknya proses rekaan mengambil kira "gabungan beberapa imej tuhan primitif bersama-sama" untuk mencipta sebuah "konsep mentah" dengan "situasi aneh dan kelam-kabut".[21]
Miyazaki memberi komennya tentang tahap kesukaran Demon's Soul di mana ia "bukanlah tujuan sebenar" permainannya tetapi bertumpu kepada memberi perasaan unik kepada para pemain di atas pencapaian mereka sendiri. Tahap kesukarannya dijelaskan sebagai "salah satu cara untuk menawarkan suatu perasaan gembira di atas pencapaian para pemain menerusi penggunaan strategi, merentasi rintangan dan halangan serta penemuan perkara-perkara baru."[21] Lokasi-lokasi lain dalam Demon's Souls dijelaskan sebagai "kawasan-kawasan bersifat jahat" misalnya Tower of Latria yang menyimpan kejahatan ciptaan manusia dan Valley of Defilement yang menyimpan kejahatan secara semula jadi, di samping tahap kesukarannya mencipta sebuah perasan menakutkan dan penuh kejahatan untuk kedua-dua aspek permainan dan suasana.[21] Ugutan di samping kematian watak para pemain juga memberi potensi kepada para pemain kehilangan segala souls yang telah dikumpulkan mereka untuk meningkatkan suasana ini, di mana "jika souls tersebut boleh ditemui pada bila-bila masa, maka tiadalah ketegangan keadaan mahupun sebarang pencapaian dari segi permainan". Pertarungan dengan Boss direka pada tahap awalnya direka menjadi "beraneka dan menarik" untuk memastikan "para pemain tidak bosan dengan pertarungan yang sama" dan seperti keseluruhan permainannya "menggalakkan mereka untuk memikirkan beberapa taktik berbeza, supaya mereka berfikir mengikut pilihan sendiri".[21] Takeshi Kajii sebenarnya merasakan bahawa pertarungan dengan boss bukanlah elemen halangan yang paling menyukarkan; "Anda mengatakan boss, tapi ia lebih daripada itu. Ia merupakan segala perkara termasuklah jalan menuju ke boss tersebut yang membuat judul ini sukar. Jika anda menemui corak permainan yang harus digunakan untuk menewaskan boss sesuatu kawasan ia menjadi lebih mudah. Demon's Souls mencabar anda dengan tahap kesukaran yang tinggi untuk sampai ke boss tersebut."[23]
Apabila mencipta unsur dalam talian berintegrasi Demon's Souls, Miyazaki merasakan bahawa terdapat banyak judul permainan video yang dianggapnya sebagai "terlalu banyak komunikasi secara dalam talian sehingga menjadi suatu beban kepada sesetengah pemain", sebaliknya menjadikan pengalaman dalam talian Demon's Souls sebagai sebuah elemen permainan yang meningkatkan situasi yang dialami para pemain di dalam permainan video ini, misalnya seperti bayangan putih para pemain lain yang menambah kepada suasananya secara keseluruhan.[24] Apabila mencipta sistem yang membenarkan para pemain meninggalkan mesej untuk pemain lain, sebuah senarai mesej-mesej yang sedia ada diberikan kepada para pemain dan bukannya membenarkan para pemain menulis apa sahaja mereka inginkan, sekaligus menjadikan proses ini pantas dan mudah untuk digunakan kerana para pemain tidak boleh menggunakan ciri jeda dalam permainan Demon's Souls, tetapi dicipta begitu untuk membezakan sistem ini daripada sebuah "sistem chat meluas, yang akan mengurangkan perasaan yang dialami para pemain dalam dunianya."[23]
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Demon's Souls telah diumumkan pada hujung tahun 2008 dan hanya diumumkan untuk keluaran di Jepun, kemudiannya diikuti oleh kawasan-kawasan tempatan Asia Timur, termasuklah China dan Korea Selatan.[25] Sony Computer Entertainment mengeluarkan judul Demon's Souls di Jepun dan Asia pada 5 Februari 2009, dan tidak mempunyai rancangan mengeluarkannya di kawasan lain. Di atas penerimaan positif judulnya, pada bulan Mei Atlus telah mengumumkan rancangan mereka untuk menerbitkan Demon's Souls di Amerika Utara, mempromosikan judul tersebut di Electronic Entertainment Expo 2009 (E3) sebelum akhirnya mengeluarkan judul ini di Amerika Utara pada 7 Oktober pada tahun yang sama. Versi Amerika Utara menggunakan pelayan dalam talian yang berbeza, di mana para pemain versi tersebut tidak mampu berinteraksi dengan pemain daripada versi kawasan lain. Judul ini menggunakan set piala (trophy set) dan simpanan permainan (saved game); saved game daripada versi Asia tidak dapat digunakan dalam versi Amerika Utara,[26] di samping senarai piala disimpan secara berasingan daripada versi Amerika Utara, meskipun kandungan mereka adalah sama.
Mengenai sebuah keluaran untuk Eropah pula, Eurogamer telah menghubungi Atlus USA mengenai hal tersebut di mana jurucakap mereka Aram Jabbari memberi pandangannya "Saya tidak mengetahui sebarang berita/penerbit yang ingin membawa Demon's Souls ke Eropah pada waktu ini. Saya harapkan judul ini dapat disebarkan secara lisan serta penerimaan positif yang kritikal dapat menarik perhatian mana-mana penerbit Eropah." Tambahan lagi, penerbit-penerbit yang terkenal dengan membawa judul-judul From Software dan Atlus ke Eropah seperti Tecmo Koei dan Ubisoft mengatakan bahawa mereka tidak memiliki sebarang rancangan untuk mengeluarkan produk Demon's Souls.[27] Pada 16 April Namco Bandai mengumumkan rancangan mereka untuk mengeluarkan Demon's Souls di Eropah, yang akhirnya dikeluarkan pada 25 Jun 2010.[2]
Produk dan media lain
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi Demon's Souls | |
---|---|
Runut bunyi oleh Shunsuke Kida (susunan dan gubahan) | |
Dilancarkan pada | |
Tempat | Jepun |
Genre | Runut bunyi permainan video |
Panjang | 72:14 (satu CD) |
Pengedar | PlayStation Store (en) |
Pengarah | Hidetaka Miyazaki (en) |
sunting · sunting di Wikidata |
Sebuah buku panduan eksklusif berjudul Demon's Souls Official Perfect Guide, telah dikeluarkan pada tahun 2009 di Jepun, terbitan Enterbrain sebagai sebuah muka hadapan yang mengandungi 192 muka surat yang padat dengan maklumat tentang senjata, perisai, barang-barang, peta kawasan serta elemen-elemen rahsia. Dua buah set perisai daripada watak Garl Vinland dan Biorr of the Twin Fangs dikeluarkan untuk kegunaan dalam aplikasi PlayStation Home di Jepun.
Apabila dikeluarkan di Amerika Utara, Demon's Souls juga dikeluarkan bersama-sama sebuah Deluxe Edition di dalam sebuah kotak khas, bersama-sama sebuah buku panduan sepanjang 150 muka surat. Sebelum keluaran judul tersebut, pesanan awal daripada GameStop untuk sama ada versi biasa atau Deluxe akan menerima sebuah cakera runut bunyi dan buku seni.[28] Selaras dengan itu, sebuah edisi khas telah diumumkan untuk Eropah berjudul Demon's Souls: Black Phantom Edition. Edisi ini mengandungi sebuah buku seni, CD runut bunyi dan panduan strategi,[2]. Buku panduan tersebut tidak melibatkan sebarang kos pengeluaran dengan bantuan daripada para editor Wiki Demon's Souls yang dihos oleh Wikidot.[29]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi Demon's Souls (dikeluarkan sebagai Soundtrack CD di Amerika Utara) telah disusun dan digubah oleh Shunsuke Kida. Runut bunyi tersebut pada asalnya hanya dikeluarkan di Amerika Utara,[30] namun disertakan juga bersama-sama keluaran versi Eropah.
Senarai runut | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Demon's Souls" | 2:24 | ||||||||
2. | "The Beginning" | 2:19 | ||||||||
3. | "Tales of Old" | 2:23 | ||||||||
4. | "Maiden in Black" | 4:30 | ||||||||
5. | "The Nexus" | 4:38 | ||||||||
6. | "Phalanx" | 2:06 | ||||||||
7. | "Tower Knight" | 3:15 | ||||||||
8. | "Penetrator" | 3:31 | ||||||||
9. | "Old King Allant" | 3:00 | ||||||||
10. | "Adjudicator" | 2:24 | ||||||||
11. | "Old Hero" | 3:15 | ||||||||
12. | "Storm King" | 2:28 | ||||||||
13. | "Fool's Idol" | 3:02 | ||||||||
14. | "Maneater" | 2:41 | ||||||||
15. | "Old Monk" | 2:50 | ||||||||
16. | "Leechmonger" | 2:10 | ||||||||
17. | "Dirty Colossus" | 1:54 | ||||||||
18. | "Maiden Astraea" | 2:47 | ||||||||
19. | "Armor Spider" | 3:55 | ||||||||
20. | "Flamelurker" | 2:35 | ||||||||
21. | "Dragon God" | 2:54 | ||||||||
22. | "The Old One" | 2:37 | ||||||||
23. | "One Who Craves Souls" | 4:13 | ||||||||
24. | "Return to Slumber" | 4:23 | ||||||||
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Penerimaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Sebanyak 39,966 judul Demon's Souls dijual di Jepun dalam minggu pertama,[42][43] dan menaikkan penjualan PlayStation 3 di kawasannya.[44] Judul ini terjual sebanyak 134,585 buah salinan di Jepun setakat Disember 2009.[45] Di Amerika Utara, Demon's Souls menduduki tempat kesebelas dalam carta Oktober 2009 berdasarkan NPD Group, dengan 150,000 buah salinan terjual,[46] dengan secara keseluruhannya sebanyak 250,000 pada suku pertama 2010.[47]
Sebaik sahaja dikeluarkan di Jepun, Demon's Souls diterima baik oleh para kritik. Dengeki memberi judul ini 95/85/85/85, mengatakan bahawa "peminat permainan video old-school akan tertawan hati." Famitsu memberi Demon's Souls 29 daripada 40 (9/7/7/6) di mana editor mereka memanggilnya "sebuah permainan video yang anda belajar apabila ditewaskan -- anda akan seringkali terbunuh. Tapi! Teruskan bermain... dan anda akan menyedari betapa dalam permainannya yang sebenar", manakala editor lain mendapati permainannya "terlampau mencabar kesabaran... ia bukan untuk semua."[31]
Sebaik sahaja dikeluarkan di Amerika Utara, respon kritikal menunjukkan kadaran purata positif setinggi 90% di GameRankings[40] dan 89/100 di Metacritic.[41] Meskipun memiliki tahap permainan yang dianggap sukar, kebanyakan ulasan yang diberikan memujinya sebagai suatu aspek positif, justeru menjadikan Demon's Souls sebagai judul yang menganugerah pemain di atas kerja keras mereka. GameSpot menggelar aspek kesukarannya sebagai "adil", kerana para pemain akan "sentiasa dihantui musuh sehinggalah mereka belajar sedikit demi sedikit kaedah yang betul untuk menentang setiap musuh berbeza, meskipun begitu gaya pertarungannya amatlah sesuai."[37] IGN menyokong pendapat ini, menggalakkan para pemain yang "boleh mengingati zaman dahulu apabila permainan video mengajar para pemain untuk mencuba lebih kuat lagi dan menghukum mereka apabila tidak bermain dengan berhati-hati" untuk tidak melepaskan peluang yang ditawarkan judul ini.[39] Game Informer menggelar judul ini "salah satu daripada RPG Jepun yang terbaik generasi ini, dan semestinya yang paling luar biasa."[48] Walaubagaimanapun, meskipun Official PlayStation Magazine memuji judul ini secara keseluruhannya, mereka memberi komen bahawa Demon's Souls "lebih baik dimainkan oleh penggemar permainan video yang hardcore."[34]
GameZone memberi komen terhadap sistem dalam talian Demon's Souls sebagai sesuatu yang "inovatif" dan "secara sempurnanya bercampur dengan suasana",[49] manakala Game Revolution merasakan bahawa ia "mengubah perasaan bermain keseorangan menjadi sesuatu yang bercampur-aduk."[50] Dari segi teknikal dan rekacipta pula Games Radar menggelarnya "grafik yang sangat menarik, seakan-akan judul-judul Ultima dahulu dan berbeza daripada mana-mana judul permainan video yang dikeluarkan Jepun sebelum ini,"[36] di samping komen Game Trailers yang mengatakan judul ini "amatlah sesuai dengan suasana fantasi gelapnya" dan muziknya "seakan-akan daripada alat muzik sebenar", namun mereka turut menyertakan masalah yang dihadapi berkaitan dengan enjin fizik Demon's Souls.[38] Sejurus selepas keluaran di Amerika Utara, ScrewAttack menggelar Demon's Souls sebagai judul eksklusif PS3 yang kelapan terbaik setakat ini.[51]
Sebelum keluaran Demon's Souls di Eropah, pengkritik Eropah memberi komen kepada salinan-salinan import. Eurogamer menggelar Demon's Souls sebagai "tiada belas kasihan, sukar untuk difahami, tetapi mendalam dan menguntungkan"[33] manakala Edge menerangkan perspektif positif mereka terhadap tahap kesukarannya dengan mengatakan "jika tarikan terulung permainan video terletak pada kaedah mempelajarinya serta memahami setiap kemahiran baru, maka sudah tentu keseronokkan medium ini ditemui melalui pelajaran-pelajarannya yang sukar", dan akhirnya berkata "mereka yang berjaya di bawah ujian Demon's Souls yang tegas, maka tiada yang lebih menguntungkan daripada kejayaannya yang virtual."[32]
Ulasan-ulasan positif yang diterima Demon's Souls menjadikannya sesuatu prestasi fiskal yang unik meskipun kekurangan kempen pemasaran. Penganalis permainan video Jesse Divnich memberi komennya, "Demon's Souls mungkin sekali salah satu daripada judul-judul yang paling relevan secara statistik yang dikeluarkan di pasaran permainan video kerana ia membantu menjawab satu soalan yang seringkali disoal: bagaimanakah keadaan penjualan sebuah permainan video berkualiti tinggi jika judulnya tidak disokong oleh mana-mana pemasaran secara besar-besaran, di samping dikeluarkan oleh sebuah penerbit yang kurang dikenali ramai (bukan untuk mengutuk Atlus), dan merupakan sebuah harta milik intelektual baru."[52] Menerusi kritikan dan kejayaan secara komersial judul Demon's Souls, Naib Presiden Sony Computer Entertainment untuk perisian antarabangsa Yeonkyung Kim kemudiannya mengaku bahawa ia merupakan sesuatu yang merugikan setelah melepaskan judul tersebut, sebaliknya membenarkan Atlus untuk menerbitkannya, di atas kerisauan yang ada di atas tahap kesukarannya dan keputusan rekaannya yang luar biasa.[47]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Dalam pencalonan 2009 GameSpot untuk judul permainan video Terbaik dan Paling Buruk, Demon's Souls dianugerah Judul Permainan Video Terbaik Sepanjang Tahun,[53] Permainan video PS3 Terbaik,[54] Judul RPG Terbaik[55] dan Mekanik Permainan Asli Terbaik untuk integrasi dalam talian.[56] Game Trailers menganugerahkannya judul RPG Terbaik[57] dan harta intelek Baru Terbaik[58] manakala RPGFan menganugerahkan RPG Terbaik untuk PS3[59] dan Judul Konsol RPG-Aksi Terbaik.[60] IGN turut memberi anugerah mereka iaitu RPG Terbaik untuk PS3.[61] X-Play menganugerahkannya Inovasi Permainan Terbaik.[62] PC World menganugerahkan Demon's Souls Judul Permainan Video Tahun 2009.[63] RPGamer menganugerah Demon's Souls Judul RPG Tahun 2009, termasuklah Grafik Terbaik dan RPG Terbaik PS3.[64] [65] [66]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Michael Cunningham (20 Mei 2009). "Demon's Souls Keluaran Atlus". RPGamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-24. Dicapai pada 2010-07-10.
- ^ a b c d Tamoor Hussain (16 April 2010). "Demon's Souls menghantui Eropah". GameSpot UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-06. Dicapai pada 2010-07-14.
- ^ "Tarikh Keluaran Demon's Souls, "Jangan Import" Ulas Atlus". Gossip Gamers. 5 Julai 2009.
- ^ a b Kevin Gifford (1 Oktober 2008). "Sony Mendedahkan". 1UP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-24. Dicapai pada 2010-07-10.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 5.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 22–23.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 16–17.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 6.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 11.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 19.
- ^ Atlus, penyunting (2009). Manual Permainan Demon's Souls (edisi Amerika Utara). Atlus. m/s. 20–21.
- ^ Pencerita: King Allant ke-12, dengan menyalurkan tenaga roh-roh telah membawa kemakmuran agung kepada kerajaan utara Boletaria, sehinggalah munculnya Kabus Tebal yang telah merentasi sempadan negeri. Boletaria telah terasing daripada dunia luar, dan mereka yang berani menembusi Kabus Tebal tersebut tidak pernah kembali. From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Pencerita: Akan tetapi Vallarfax telah berjaya melepaskan diri daripada kabus tebalh tersebut dan menyebarkan berita buruk kerajaan Boletaria kepada dunia luar. Raja Tua Allant telah membangkitkan Old One, iaitu syaitan besar di bawah Nexus, daripada tidurnya yang abadi. Dan akhirnya muncul kabus yang tidak berwarna, membangkitkan bersama-samanya syaitan yang dahsyat. Syaitan-syaitan ini memburu manusia dan roh mereka. Mereka yang kehilangan roh mereka juga kehilangan minda mereka.From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Pencerita: ...kuasa demon's soul dewasa tidak mampu digenggam akal manusia. Lagenda ini tersebar dengan pantas. Pahlawan-pahlawan berani telah tertarik kepada negeri ini namun tiada seorangpun yang kembali.From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Pencerita: Akan tetapi Boletaria menemui harapannya yang terakhir. Seorang pahlawan telah merentasi kabus yang menderitakan ini. Adakah dunia ini menemui penyelamatnya, ataupun syaitan yang telah menemui hamba yang baru?From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Maiden in Black: Roh-roh si mati. Benarkanlah kekuatan membakar jiwamu agar dunia dapat dipulihkan... agar dunia dapat dipulihkan.From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Raja Allant: Kamu telah dipilih oleh Old One.From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Raja Allant: Sudah tentu engkau telahpun menyaksikan sendiri kesengaraan dan kesakitan yang sedia memenuhi dunia ini! Akan tetapi buku bertemu dengan ruas... Tuhan bersifat belas kasihan, justeru, telahpun mencipta Old One. Old One akan menelan roh-roh kita, dan akhirnya mengakhiri kewujudan kita yang tragik ini!From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Pencerita:Old One, bersama-sama Maiden in Black, dipulangkan kepada kabus tebal yang memanggil. Boletaria akhirnya terselamat daripada syaitan-syaitan, namun turut kehilangan pengetahuannya tentang soul arts. Roh-roh yang hilang sewaktu kecelakaan yang berlaku tidak pernah ditemui. From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ Pencerita:Old One merasakan kewujudan syaitan yang baru dan berkuasa disampingnya. Dan tanpa membuang masa, dunia akan ditelan oleh Kabus Tebal yang mendatang... Bawa lebih roh!From Software. Demon's Souls (PlayStation 3). Atlus.
- ^ a b c d e f MTV Video Games. "Pengarah Demon's Souls Membincangkan Tahap Kesukaran, Sambungan dan Selanjutnya". MTV.
- ^ Phil Kollar. "Penerbit 'Demon's Souls' Membincangkan Inspirasi dan Rancangan Masa Depan". Game Informer.
- ^ a b "Pengarah Demon's Souls Beranggapan Demon's Souls Tidaklah *Terlalu* Sukar". Siliconera.com.
- ^ "Pengarah Demon's Souls: "Saya Inginkannya Menjadi Lebih Mudah", Tiada Lagi Rancangan Untuk Judul Pengganti". PS3Hyper.
- ^ MTV Video Games (9 November 2008). "Demon's Soul untuk dikeluarkan di Jepun". PlayStation Universe. Dicapai pada 14 Februari 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Jeff Rubenstein (6 Julai 2009). "PlayStation Eye Chat: Demon's Souls". Sony.
- ^ Robert Purchese (7 Julai 2009). "Berita Tidak Menentu Keluaran Demon's Souls di UK". Eurogamer.
- ^ Mike Fahey (6 Julai 2009). "Demon's Souls Dijual Dalam Set". Kotaku. Dicapai pada 8 Mac 2010.
- ^ Luke Plunkett (19 April 2010). "Keluaran PAL Demon's Souls PAL Memiliki Panduan Strategi Rekaan Peminat". Kotaku. Dicapai pada 25 Jun 2010.
- ^ Patrick Gann. "Ulasan RPGFan Soundtracks - CD Runut bunyi Demon's Souls". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-10. Dicapai pada 8 Mac 2010.
- ^ a b c Des Barres, Nick (28 Januari 2009). "Japan Review Check: Demon's Souls". 1Up. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-22. Dicapai pada 20 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b "Majalah Edge: Ulasan Versi Import Demon's Souls". Edge Magazine. 9 Oktober 2009. Dicapai pada 27 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b Keza McDonald (23 April 2009). "Eurogamer: Ulasan Import Demon's Souls". Eurogamer. Dicapai pada 27 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b "Playstation: The Official Magazine (US) Demon's Souls". Playstation: The Official Magazine. Disember 2009. m/s. 80. Cite magazine requires
|magazine=
(bantuan) - ^ Herring, Will (Disember 2009). "Demon's Souls". GamePro. IDG Entertainment: 76.
- ^ a b Ed Zitron (21 September 2009). "Games Radar Demon's Souls Review - Salah satu daripada beberapa judul RPG eksklusif PS3 yang harus dibeli". Game Radar. Dicapai pada 28 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b Kevin VanOrd (6 Oktober 2010). "GameSpot Demon's Souls Review - Brutal tapi menarik, permainan video berperanan yang inovatif ini merupakan salah satu yang terbaik tahun ini". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-05. Dicapai pada 27 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b "Game Trailers Demon's Souls Review". Game Trailers. 6 Oktober 2009. Dicapai pada 28 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b Sam Bishop (9 Oktober 2009). "IGN Demon's Souls Review - Salah satu daripada judul-judul PS3 yang baik serta mencabar samapai ke AS". IGN. Dicapai pada 27 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b "Demon's Souls di Game Rankings". Game Rankings. Dicapai pada 28 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ a b "Demon's Souls di Metacritic". Metacritic. Dicapai pada 228 Januari 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Tanaka, John (2009-02-23). "Demon's Souls Laris di Jepun". IGN. News Corporation. Dicapai pada 2009-04-12.
- ^ Ben Dutka (12 Februari 2009). "Demon's Souls Mencapai Tahap Jualan Mengejutkan Pada Minggu Pertama di Jepun". PSX Extreme. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-21. Dicapai pada 17 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Robert Purchese (13 Februari 2009). "Eurogamer Demon's Souls meningkatkan jualan PS3 Jepun". Eurogamer. Dicapai pada 17 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Carta Sony PS3 di Jepun". Japan-gamecharts.com. Dicapai pada 17 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Matt Matthews (13 November 2009). "NPD: 20 Judul Terbaik Oktober Memperlihat Kehandalan Jualan Demon's Souls". Gamasutra. Dicapai pada 17 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b Kakitangan GameSpot (16 Mac 2010). "Laporan - Demon's Souls menjual sekurang-kurangnya suku juta". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-23. Dicapai pada 16 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Phil Kollar (20 Oktober 2009). "Game Informer Demon's Souls Review - From Software Memberi Peluang Sengit kepada Peminat RPG". Game Informer. Dicapai pada 28 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Adam Dodd (21 September 2009). "GameZone Demon's Souls Review". Game Informer. Dicapai pada 28 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Jesse Costantino (15 Oktober 2009). "Game Revolution Demon's Souls Review". Game Revolution. Dicapai pada 28 Januari 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Judul PS3 Eksklusif Sepuluh Terbaik ScrewAttack: Edisi 2009". Game Trailers. 25 November 2009. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Tom Magrino (10 November 2010). "Para analisis menjangkakan bulan Oktober yang muram untuk industri permainan video". Dicapai pada 14 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Gamespot's Best and Worst of 2009 - Game of the Year 2009". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-15. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|4=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Gamespot's Best and Worst of 2009 - Best PS3 Game". GameSpot. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Gamespot's Best and Worst of 2009 - Best Role-Playing Game". GameSpot. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Gamespot's Best and Worst of 2009 - Best Original Game Mechanic". GameSpot. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Game Trailers Best of 2009 - Best RPG". Game Trailers. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Game Trailers Best of 2009 - Best New Intellectual Property". Game Trailers. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "RPGFan's Best of 2009 - Best RPG for the PS3". RPGFan. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "RPGFan's Best of 2009 - Best Console Action-RPG". RPGFan. Dicapai pada 7 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "IGN Game of the Year Awards 2009: Best PlayStation 3 RPG". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-18. Dicapai pada 7 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "X-Play Game of the Year Awards 2009: Best GamePlay Innovation". G4 TV. 15 Disember 2009. Dicapai pada 17 Mac 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "PC World Game of the Year Awards". PC World. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-24. Dicapai pada 17 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ den Ouden, Adriaan. "RPG of the Year". RPGamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 26 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Marchello, Sam. "Best Graphics". RPGamer. Dicapai pada 26 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Staples, Ken. "Best PS3". RPGamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-06. Dicapai pada 26 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Wiki Demon's Souls (dalam bahasa Inggeris)
- Laman sesawang rasmi edisi Jepun di SCEJ (dalam bahasa Jepun)
- Laman sesawang rasmi edisi Amerika Utara di Atlus (dalam bahasa Inggeris)
- Forum rasmi Diarkibkan 2010-05-05 di Wayback Machine di Atlus (dalam bahasa Inggeris)
- Laman menggunakan keluaran permainan video dengan parameter diisi
- Rencana yang menggunakan infobox Wikidata dengan gambar yang ditentukan secara tempatan
- Rencana dengan sumber bahasa Jepun (ja)
- Demon's Souls
- Permainan video berperanan
- Permainan video 2009
- Permainan Atlus
- Permainan video fantasi
- Permainan video From Software
- Permainan video Namco Bandai
- Permainan PlayStation 3
- Permainan video yang dibangunkan di Jepun
- Permainan video Sony Computer Entertainment