Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Empangan Hulu Aswan |
---|
|
|
Muatan alur limpah | 11,000 cubic metres per second (390,000 ka3/s) |
---|
Empangan Aswan adalah sebuah empangan tetambak yang terletak merentasi Sungai Nil di Aswan, Mesir. Sejak tahun 1950-an, nama ini biasanya merujuk kepada Empangan Hulu, yang mana lebih besar dan baru berbanding Empangan Hilir Aswan, yang mana telah disiapkan pada tahun 1902. Pembinaan Empangan Hulu menjadi tujuan utama bagi Kerajaan Mesir selepas Revolusi Mesir 1952, di sebabkan keupayaan untuk mengawal air banjir dan meningkatkan kuasa hidroelektrik yang mampu dijananya. Empangan Hulu telah dibina antara tahun 1960dan 1970. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ekonomi dengan mengawal aliran sungai tahunan dan menyediakan takungan bagi menyimpan air untuk pertanian, dan kemudian menjana hidroelektrik. Empangan ini memiliki kesan penting kepada ekonomi dan budaya di Mesir.
Sebelum empangan-empangan ini dibina, Sungai Nil mengalami banjir setiap tahun pada akhir musim panas, setelah air mengalir ke hilir dari lembah lembangan saliran di Afrika Timur. Banjir ini membawa banyak air dan nutrien dan mineral semulajadi yang mana memperkayakan tanah subur di sepanjang dataran banjir dan delta; ini menjadikan lembah Nil ideal bagi pertanian sejak zaman purba.
|
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|