Pergi ke kandungan

Feri Sungai Kasai karam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Feri Sungai Kasai karam pada 29 Julai 2010 di Republik Demokratik Congo. Sungai Kasai terletak di wilayah Bandundu timur Kinshasha. Seramai 80 orang mati lemas dan 76 lagi selamat berenang ke tepian. Feri itu membawa terlalu ramai penumpang ketika kejadian.[1] Jumlah penumpang feri itu seramai 180 orang yang berdaftar dan beberapa penumpang lain mencuri masuk. Feri itu dari Mushie, kira-kira 30 km dari bandar Bandundu, bandar utama wilayah itu. Feri itu menuju ke ibu negara Congo, Kinshasha.

Sungai Kasar adalah cabang Sungai Congo. Feri itu berlanggar beting pasir di Mangutuka, pinggir Bandundu.

Pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)yang ditugaskan untuk menstabilkan Congo (MONUSCO) dan pasukan Palang Merah berada di Kinshasha.[2]