Pergi ke kandungan

Graptemys pulchra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Graptemys pulchra
Kura-kura Peta Alabama sedang berjemur di atas batu
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Graptemys
Spesies:
G. pulchra
Nama binomial
Graptemys pulchra
Baur, 1893[2]
Peta taburan habitat
Sinonim[3]
  • Graptemys pulchra Baur, 1893
  • Malacoclemmys pulchra
    Ditmars, 1907
  • Malaclemys lesueurii pulchra
    Siebenrock, 1909
  • Graptemys pulcra [sic]
    Chaney & C.L. Smith, 1950 (ex errore)
  • Malaclemys pulchra
    — McDowell, 1964
  • Graptemys puchra [sic]
    Bertl & Killebrew, 1983 (ex errore)
  • Graptemys pulchra pulchra
    — Artner, 2003

Graptemys pulchra juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Alabama ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae yang berasal dari selatan Amerika Syarikat. Haiwan ini memiliki bonggol tajam hitam dibelakangnya, dan bonggol ini semakin susut apabila ia dewasa. T.H. Bean dan L. Kumlen antara pengkaji terawal mengumpul dan merekodkan mengenai kura-kura ini pada bulan Julai 1876 di Montgomery, Alabama. Lokasi spesimen bagi spesies ini ialah di wilayah Montgomery, Alabama. Baur menamakan spesies ini sebagai Kura-kura Peta Alabama pada tahun 1893. Genus Graptemys terdiri daripada tiga belas spesies yang kebanyakannya ialah kura-kura akuatik.[4]

Taburan habitat

[sunting | sunting sumber]

Habitat asal kura-kura ini ialah di bahagian tenggara Amerika Syarikat, merangkumi Teluk Mobile dan perairan Alabama, Georgia, Florida, Mississippi, serta Louisiana. Termasuklah Sungai Pearl (Mississippi–Louisiana) di Mississippi dan timur Louisiana hingga ke Sungai Yellow di Florida dan Alabama.[5]

IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies yang hampir terancam. Di Alabama, kerajaan tempatannya menyenaraikan ia sebagai spesies yang dilindungi, Georgia pula meletakkan ia sebagai spesies yang jarang ditemui, manakala Mississippi meletakkan haiwan ini kedalam senarai haiwan yang dilindungi. Kura-kura ini hampir pupus kerana pemusnahan habitatnya[6] akibat daripada aktiviti manusia.[7]

  1. ^ van Dijk, P.P. (2011). "Graptemys pulchra". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T170494A97424569. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T170494A6782009.en. Dicapai pada 24 Disember 2017.
  2. ^ Rhodin 2010, halaman 000.101
  3. ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 189–190. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Lovich, J.E. 1985. Graptemys pulchra Baur. Alabama map turtle. Catalogue of American Amphibians and Reptiles 360.1–360.2.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ernst
  6. ^ van Dijk, P.P. 2011. Graptemys pulchra. In: IUCN 2013. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2013.1. <www.iucnredlist.org>. Downloaded on 11 November 2013.
  7. ^ Shealy, R.M. 1976. The natural history of the Alabama map turtle, Graptemys pulchra Baur, in Alabama. Bull. Florida St. Mus., Bi-01. Sci. 21:47-111.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

D.S. Wilson. 2012. Terrestrial habitat requirements of nesting freshwater turtles. Biological Conservation 150: 121-128.org. Downloaded on 11 November 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]