Jadual selaman
Jadual selaman (bahasa Inggeris: dive tables, decompression tables (jadual nyahmampatan) atau diver tables (jadual penyelam)) adalah suatu kad bercetak ataupun buku panduan kecil yang membolehkan penyelam membuat rujukan terhadap sesuatu profil sesi penyelaman, tempoh gas pernafasan dan tempoh berhenti nyahmampatan (decompression stop) atau pemberhentian keselamatan (safety stop). Jadual selaman sangat penting dan berguna kepada penyelam bagi setiap sesi selamannya bagi mencegah penyakit nyahmampatan (decompression sickness) yang jika tidak diambil peduli mungkin akan menyebabkan komplikasi serius yang boleh menyebabkan keilatan kekal atau kematian.
Dengan jadual selaman, ia mengambil profil selaman sebagai suatu kotak selaman, ia bermaksud apabila seseorang penyelam turun pada kedalaman maksimum dan pada kedudukan tersebut sehingga kembali ke permukaan (kira-kira apabila suatu garisan segi empat tepat dilukis dalam sistem koordinat dimana suatu paksi kedalaman bersama / sebaris dengan tempoh/masa yang dibenarkan berada pada kedalaman tersebut). Terdapat juga jadual selaman yang mengambil kira kondisi/ keadaan fizikal atai pencapaian seseorang penyelam, sebagai contoh Jadual Selaman Tentera. Terdapat 3 jenis Jadual Selaman yang biasanya digunakan oleh 3 pihak penyelam yang berlainan iaitu:
- Jadual Selaman Rekreasi (Recreational Dive Tables); digunakan oleh penyelam amatur dan Dive Master bagi tujuan rekreasi dan penyelidikan.
- Jadual Selaman Professional (Professional Dive Tables); digunakan oleh penyelam bertaraf professional yang untuk tujuan kerja-kerja penggridilan dan offshore.
- Jadual Selaman Tentera (Navi Dive Tables); digunakan oleh para penyelam tentera ketika mengadakan latihan selaman, berperang atau untuk tujuan navigasi ketenteraan khas.
Penyelam bertaraf rekreasi adalah dilarang menggunakan jadual selaman milik tentera atau professional dalam aktiviti selaman rekreasi mereka tanpa mendapat kebenaran dan latihan dari pihak bertauliah dengan sempurna.
Jadual nyah mampatan biasa
[sunting | sunting sumber]- US Navy tables;[1]
- Bühlmann tables;[2][3][4]
- BSAC 88 tables;[5]
- Jadual PADI: the recreational dive planner (RDP) and "the wheel";[6]
- DCIEM tables;[7]
- French Navy 90 tables.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ US Navy (2006). US Navy Diving Manual, 6th revision. United States: US Naval Sea Systems Command. Dicapai pada 2008-06-15.
- ^ Bühlmann, Albert A (1984). Decompression-Decompression Sickness. Berlin New York: Springer-Verlag. ISBN 0387133089.
- ^ Bühlmann, Albert A (1995). Tauchmedizin (dalam bahasa German). Berlin: Springer-Verlag. ISBN 3540555811.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Bühlmann, Albert A (1992). Tauchmedizin: Barotrauma Gasembolie Dekompression Dekompressionskrankheit (dalam bahasa German). Berlin: Springer-Verlag. ISBN 3540555811.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Powell, Mark (2008). "Other Decompression Models". Deco for Divers. Southend-on-Sea: Aquapress. m/s. 203–5. ISBN 1-905492-07-3.
- ^ Hamilton Jr RW, Rogers RE, Powell MR (1994). "Development and validation of no-stop decompression procedures for recreational diving: the DSAT recreational dive planner". Tarrytown, NY: Diving Science & Technology Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-03. Dicapai pada 2008-06-15. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Powell, Mark (2008). "Other Decompression Models". Deco for Divers. Southend-on-Sea: Aquapress. m/s. 209–13. ISBN 1-905492-07-3.