Pergi ke kandungan

Jagadish Chandra Bose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jagadish Chandra Bose
জগদীশ চন্দ্র বসু
Jagadish Chandra Bose di makmal Royal Institutionnya
Kelahiran(1858-11-30)30 November 1858
Meninggal dunia23 November 1937(1937-11-23) (umur 78)
WarganegaraRaj British
Pusat pendidikanUniversiti Kolkata
Universiti Cambridge
Universiti London
Terkenal keranaGelombang elektromagnet
radio
kreskograf
Kerjaya saintifik
Bidangfizik, biofizik, biologi, botani, arkeologi, Kesusasteraan Benggali (cereka sains)
InstitusiUniversiti Kepresidenan Kolkata
Penasihat kedoktoranJohn Strutt (Lord Rayleigh)

Sir Jagadish Chandra Bose[1] CSI, CIE, FRS (Benggali: জগদীশ চন্দ্র বসু, rumi: Jôgodish Chôndro Boshu; 30 November 1858 – 23 November 1937) adalah seorang pakar fizik, biologi, botani, arkeologi dan penulis asal Benggala, India. Beliau antara pelopor kajian sains eksperimental di India[2] terutamanya melakukan penemuan dalam kajian optik gelombang mikro radio yang mempengaruhi perkembangan menerapkan ilmu ini dalam bidang komunikasi seperti yang dilakukan Guglielmo Marconi walaupun Jagadish tidak ada niat sedemikian.[3][4][5] Beliau juga pelopor pengkaryaan cereka sains dalam Bahasa Benggali bahasa ibundanya.

Beliau pengasas Institut Bose iaitu pusat penyelidikan antarajurusan pertama di Asia pada tahun 1917 serta berkhidmat sebagai pengarah pertamanya sehingga meninggal dunia tahun 1937.[6]

  1. ^ Page 3597 of Issue 30022. The London Gazette (17 April 1917). Retrieved 1 September 2010.
  2. ^ Chatterjee, Santimay; Chatterjee, Enakshi, Satyendranath Bose, 2002 reprint, p. 5, National Book Trust, ISBN 81-237-0492-5
  3. ^ Emerson, D. T. (1997). "The work of Jagadis Chandra Bose: 100 years of mm-wave research". IEEE Transactions on Microwave Theory and Research. 45 (12): 2267–2273. doi:10.1109/22.643830. reprinted in Igor Grigorov, Ed., Antentop, Vol. 2, No.3, pp. 87–96.
  4. ^ Sungook Hong, Wireless: From Marconi's Black-box to the Audion, MIT Press – 2001, page 22
  5. ^ Jagadish Chandra Bose: The Real Inventor of Marconi’s Wireless Receiver Diarkibkan 16 Jun 2015 di Wayback Machine; Varun Aggarwal, NSIT, Delhi, India
  6. ^ "History". Bose Institute. Dicapai pada 29 July 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]