Pergi ke kandungan

Kau Yang Satu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kau Yang Satu
PengarahOsman Ali
PenulisNia Azalea
BerdasarkanKau Yang Satu karya Nia Azalea
DibintangiAaron Aziz
Izara Aishah
Soo Wincci
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
27 Julai 2017
Masa tayangan
135 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM764,000.

Kau Yang Satu merupakan sebuah filem drama romantik yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Soo Wincci dan Amyra Rosli. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 27 Julai 2017. Filem ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Nia Azalea.[1][2]

Mengisahkan pergolakan cinta tiga segi. Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.

Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Filem Kau Yang Satu telah dicetak rompak dua minggu sebelum penayangan rasmi oleh dua orang individu. Rakaman filem secara langsung tersebut yang dibuat di pawagam yang tidak dinyatakan telah disebarkan melalui Facebook. Dianggarkan kerugian akibat rakaman tersebut mencecah RM 2 juta.[1]

  1. ^ a b "Dicetak rompak, filem 'Kau Yang Satu' terbitan Astro Shaw rugi RM2 juta". Astro Awani. 7 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-19. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  2. ^ Adam Salleh (2 Ogos 2017). "Pelakon hebat penentu Kau Yang Satu". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-19. Dicapai pada 19 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]