Pergi ke kandungan

Komik di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Komku)
Komik Kasturi yang dihasilkan pada tahun 1955

Seni perkomikan di Malaysia telah lama wujud jauh sebelum Zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malah, ia turut mempengaruhi langsung seni komik di negara jiran Singapura yang sebelumnya pernah seadik jajahan Selat dalam pemerintahan British sampailah menjadi negeri dalam persekutuan Malaysia sendiri sebelum berpisah pada tahun 1965.[1]

Awal abad ke-20: Permulaan

[sunting | sunting sumber]

Seperti di Barat, ia bermula dengan lukisan kartun yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Wahana seni ini khususnya mula diperkenalkan setempat dengan akhbar-akhbar yang diedarkan untuk para saudagar dan peniaga British: Straits Produce terbitan Straits Times Press di Singapura memelopori media ini menghimpunkan bersama karikatur, cerita pendek, sajak dan karangan melucukan bercontohkan tatanan majalah Punch di London. Straits Produce terbit beberapa kali dari 1868–1870, 1893–1895, dan 1922–1934 untuk suatu lingkungan pembaca penjajah British di Tanah Melayu.[2]

Penglibatan masyarakat tempatan Tanah Melayu dalam seni perkomikan hanya mula giat daripada surat khabar dikendalikan penutur bahasa ibunda masing-masing. Akhbar revolusioner berbahasa Cina Chong Shing Yit Pao (Bahasa Cina: 中兴日报, 1907–1910) diasaskan puak Tongmenghui untuk menggalang sokongan untuk Sun Yat-sen dan pergerakan menyanggah Dinasti Qing[3] menerbitkan sejumlah 41 komik politik dari 9 September 1907 hingga 21 Mac 1908; komik-komik ini banyak dilukis anggota di Singapura yang tidak bertandatangan mengelak dijejak baik pihak berkuasa jajahan British mahupun pegawai kerajaan Qing yang mengintip. Perang menakluk China oleh Empayar Jepun meningkatkan giatan para karyawan ini di banyak akhbar dan majalah yang berkesinambungan perjuangan radikal; banyak mereka ditangkap dan dihukum bunuh sejurus pihak Jepun menduduk Tanah Melayu.[2]

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu seperti Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis menerbitkan komik pada tahun 1930-an berdekad-dekad lepas muncul terbit berikutan kebangkitan sosial dan politik dalam kalangan masyarakat Melayu setempat sendiri yang agak lambat. Kandungan diterapkan dalam komik politik ini banyak mengungkitkan persoalan nasionalisme mereka sendiri seperti kesan keberadaan migran buruh Cina dan India ke Tanah Melayu, bahaya pengaruh ajaran Islam bawaan Arab serta kesedaran terhadap bahaya kemunduran sosial seperti minum arak dan merokok.[2]

1940-an ke 1960-an: 'cheritera kelawak'

[sunting | sunting sumber]

Perkomikan di Tanah Melayu dan Singapura diberi nafas baru dengan penerbitan sebuah rencana bertajuk Seni-kelawak "comic" dan "cartoon" dalam zaman ini nukilan Nazif bin Achmadin untuk isu Januari 1947 majalah Kenchana suntingan Harun Aminurrashid. Rencana tersebut menerangkan kepentingan mewujudkan karya komik dan kartun yang "mengechap bunga-keindahan [...] apalagi yang bersangkut dengan sejarah tanah air Melayu" menonjol daripada karya-karya komik Amerika Syarikat sezaman seperti Mickey Mouse, Flash Gordon dan Tarzan yang dianggap "...tiada dapat chochok dengan jiwa dan perasaan ketimoran kita, apa lagi suasana tempat, keadaan pelakon2nya, adat istiadatnya, tengkah lakunya, yang achapkali menyinggong perasaan Timor kita..." Bahkan, gelombang baharu ini dinyatakan sebagai sinambungan dari seni komik yang telah lama wujud di Hindia Timur (dan seterusnya Indonesia) melalui Tunggadewa karangan Achnas. Harun turut terlibat dalam menulis kata pengantar kepada buku komik Pesaka Dato’ Moyang (Jawi: ڤساك داتوء مويڠ, 1952) karya Merayu Rawan.[4]

Kebanyakan komik bahasa Melayu pada 1950-an ditatan cerita roman klasik mengadaptasikan kisah-kisah dalam persuratan lama seperti dalam Sejarah Melayu yang disasarkan untuk pembaca remaja dan dewasa dalam tulisan Jawi mahupun Rumi. 3 penerbit komik yang utama dalam pada ketika ini adalah The Malay Press di Kuala Pilah, Zawiyah Publishing Home di Johor Bahru dan Penerbitan Keluarga di Singapura.[5]

Majalah komik Melayu pertama yang terbit ialah Majalah Comic’s Melayu dari Zawyah Publishing House yang menggantikan Dunia Film pada 1952 dengan harga "senaskah di Malaya 30-sen di Indonesia [1 rupiah]".Sinaran Bros di Pulau Pinang melancarkan majalah dwimingguan remaja Kanchil pada 1965 yang tampak menyerupai tatanan majalah komik British Beano; pekomik seperti Lat dan Rejabhad mula mendapat nama mereka di sini.[4]

1970-an ke 1980-an

[sunting | sunting sumber]

1900-an ke 2000-an: pengaruh manga Jepun

[sunting | sunting sumber]

Sejak 2010-an

[sunting | sunting sumber]

Senarai majalah komik

[sunting | sunting sumber]

Majalah Komik

[sunting | sunting sumber]

Senarai Penerbit Komik dan Kartun

[sunting | sunting sumber]
  1. Kumpulan Art Square
  2. Ana Muslim Sdn. Bhd
  3. Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
  4. Komik-M
  5. Komik Fatdream Sdn Bhd
  6. Maple Comic
  7. Skuad Misi
  8. Humaira Publication Sdn Bhd
  9. Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Senarai Pelukis Komik dan Kartun

[sunting | sunting sumber]


Direktori: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
  1. A'an Budak Baik
  2. Abam Apam [6]
  3. Abeben
  4. Adijin
  5. Adeputera
  6. Ahmad Kamil
  7. Ah Tuck
  8. Aie
  9. Aimo
  10. Akam
  11. Apoh
  12. Athool
  13. Aku Napie
  14. Alan Quah
  15. Ali Sanat
  16. Alifstyle
  17. Alin
  18. Alias Kulup
  19. Alluana
  20. Ambo
  21. Aza
  22. Azam De'Crow
  23. Azhar Abdullah
  24. Azhar Senapon
  25. Azman Yusof
  26. AzwanJJai
  27. Ayoi
  1. Baba Chuah
  2. Bajak
  3. Bawang
  4. Belitong
  5. Ben Wong
  6. Bendi
  7. Bob Asri
  8. Boy PJ
  9. Bor
  10. Black Pepper
  11. Blue
  12. Bram
  13. Binjai
  1. Cabai
  2. C.W. Kee
  3. Cedkogan
  4. Celeste
  5. Cendol
  6. Cik Li
  7. Cicak
  8. Clay
  9. Cron
  1. Dee
  2. Dinie Jurie
  3. Don
  4. Dan
  1. Eisu
  1. Fakhrul Anour
  2. Fatah Ngah
  3. Fazrul Arhan
  4. F-one-R
  1. Gayour
  2. Gopa
  3. Gemuruh
  1. Hadibi
  2. Hafidz
  3. Halim Teh
  4. Hussain Saad
  1. Ibrahim Hamid
  2. Icesoul
  3. Invictus
  1. Jaafar Taib
  2. Jakalll
  3. Jailani Abu Hassan
  4. Jambang
  5. Jering
  6. Jimi Kong
  7. Jimmy
  8. Joker IX
  9. Junuh
  10. Juragan
  11. Jonos
  12. Joy
  1. Kartekana
  2. Kangkung
  3. Kaoru
  4. Kash
  5. Kasbi Sarbini
  6. Keith Chong Kah Wee
  7. Kerel
  8. Kerengge
  9. Khazim
  10. Khuzae
  11. Kingkong
  12. Kobis Bunga
  13. Kopi
  14. Kulat
  15. Kutu
  16. Kromosom
  1. Lat
  2. Lambok
  3. Lantzen
  4. Lefty
  5. Long
  6. LembuRock
  1. Mafia Fusion
  2. Marzuki
  3. Mansoor Ibrahim
  4. Maro
  5. Megat
  6. Meo188
  7. Mojo
  8. Michael Chuah
  9. Mishar
  10. Milx
  11. MF Ajif
  12. MFR
  13. Mfrstudio Ibnmukhtar
  14. Mohas
  15. Mr. Children
  16. Moks
  17. Muz
  1. Namron
  2. Nan
  3. Nik MOY
  4. Nik Nordin
  5. Nik Abdullah
  6. Niezam
  7. Nizam Bachok
  8. Norm Aidid
  9. Norio
  10. Nud's
  11. Nurie
  12. NurAzmi
  13. Nurjanah Jurie
  1. Octopus
  2. Osman Kangkung
  1. Pac
  2. Pakcu
  3. Pandan
  4. Peenut
  5. Petai
  6. Poe
  7. Popiaman
  8. Pot j.r
  9. Poyo
  10. Puppeteer
  11. Pakngahalipz
  1. Qayyum
  2. Qian Nie
  1. Ramzahurin
  2. Rambai
  3. R. Hamzah
  4. Rahim B.
  5. Rasyid Asmawi
  6. Rejabhad
  7. Reggie Lee
  8. Retah
  9. Rio
  10. Rodin
  11. Rosdin
  12. Rossem
  13. Rosli Hamid
  14. Roslim
  15. Rizalman
  16. Ridzwan A. Rahim
  17. Rudy
  18. Rusydee
  1. Sarah Joan Mokhtar
  2. Saidin Yahya
  3. Sau Lim
  4. Sandra
  5. Scho
  6. Shah
  7. Stabak
  8. Sireh
  9. Soya
  10. Spider
  11. Suhaime
  12. Sukun
  13. Salim
  1. Tan Eng Huat
  2. Taufan
  3. Taugeh
  4. Tetoro
  5. Tembakau
  6. Tok Perak
  7. Topan
  1. Ubi
  2. Usenohook
  3. Ujang
  4. Umbut
  5. kartunis Tam
  1. V-Key
  1. Wak Sarawak
  2. Wan Kenit
  3. White
  1. Xanseviera
  2. X Lid
  1. Yamin Daud
  2. Yaz Malee
  3. YO
  4. Yeo[7]
  5. Yon
  6. Pak Kojek
  1. Zaharudin Sarbini
  2. Zainal Buang Hussin
  3. Zamri Abu
  4. Zale
  5. Zid
  6. Zelo
  7. Zint
  8. ZOY
  9. Zul Albani
  10. Zunar

Senarai Komik Zine (DIY)

[sunting | sunting sumber]
  1. Avant Garde
  2. Alwancomics
  3. Arakian
  4. Cargas
  5. Core PEPS
  6. Cryogen
  7. Infinite
  8. Fusion
  9. Garaj Komik
  10. Maxima
  11. Megi Itik
  12. Orang Kuat

Kedai Komik atas talian

[sunting | sunting sumber]
  1. Walawei
  2. Maple Comic
  3. Komik M
  4. Bekazon

Senarai Blog Komik

[sunting | sunting sumber]
  1. Cartoonrama
  2. FreeWEBcomic
  3. Bro, don't like that la, bro..
  4. Lanun Ranggi
  5. Buasir Otak The Komik

Webcomic / Webtoon

[sunting | sunting sumber]
  1. Matkomik
  2. Supreme

Senarai Laman Infokomik

[sunting | sunting sumber]
  1. Kerajaan Komik
  2. Komik Malaysia
  3. Komik-M
  4. Pekomik Facebook
  5. Gempak Facebook
  6. Apo Facebook
  7. OGA
  8. Belajar Komik

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ C. T. Lim (21 Mac 2022). "The History of Comics and Cartoons in Singapore and Malaysia Part 1: Introduction". Singapore Cartoon Resource Hub. Dicapai pada 10 Feb 2023.
  2. ^ a b c C. T. Lim (21 Mac 2022). "The History of Comics and Cartoons in Singapore and Malaysia Part 2: Introduction". Singapore Cartoon Resource Hub. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  3. ^ Lee Meiyu (Jan–Mac 2020). ""From Lat Pau to Zaobao: A History of Chinese Newspapers"". BiblioAsia. Jil. 15 no. 4. National Library Board. m/s. 44–49. Dicapai pada 17 Julai 2022.CS1 maint: date format (link)
  4. ^ a b Gallop, Annabel Teh (Dec 2022). "Malay Comic Books from the 1950s and 1960s in the British Library" (PDF). Southeast Asia Library Group Newsletter. Thai, Lao and Cambodian Collections, The British Library (54): 44–70.
  5. ^ Zainab Awang Ngah (1984). "Malay Comic Books Published In The 1950s" (PDF). Kekal Abadi. Perpustakaan Universiti Malaya. 3 (3): 4–11.
  6. ^ Abam Apam Official Facebook facebook.com
  7. ^ http://harlymyeo.blogspot.com

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]