Pergi ke kandungan

Pasrah The Series

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasrah The Series adalah merupakan sebuah drama adaptasi filem box office bertajuk sama pada tahun 2000 arahan Dato' Yusof Haslam. Dibintangi oleh Lisdawati, Norman Hakim, Salina Saibi, Hetty Sarlene, Rosnah Johari dan ramai lagi. Drama ini mulai ditayangkan bagi menggantikan drama Sembilu Kasih yang telah tamat siarannya pada 14 Ogos 2007 yang lalu. Drama ini mulai disiarkan sebanyak 26 episod bermula pada 17 Ogos 2007 iaitu setiap hari Jumaat di saluran TV3.

Pasrah The Series
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Pasrah karya Dato' Yusof Haslam
PenciptaDato' Yusof Haslam
PengarahDato' Yuslf Haslam
Dibintangi oleh
Lisdawati
Norman Hakim
Salina Saibi
Hetty Sarlene
Buzen Hashim
Memey Suhaiza
Rosnah Johari
Radhi Khalid
Zulkifli Zain
Lagu pembukaan"Pasrah" nyanyian Erra Fazira
Lagu penutup"Pasrah" nyanyian Erra Fazira
PenggubahSaari Amri
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Ogos 2007 – 8 Februari 2008
Kronologi
MengikutiSembilu Kasih

Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham. Namun sayangnya, segalanya pengorbanan yang dilakukan Farah tidak sedikitpun dihargai oleh Hafsham. Sikap cemburu buta Hafsham semakin membuatkan hubungannya bersama Farah Diba semakin dingin. Natasha kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan menggoda Hafsham dan memfitnah Farah Diba. Hafsham akhirnya memutuskan hubungannya dengan Farah Diba lalu mengahwini Natasha. Meskipun berat hati dan rasa kecewa, Farah akur dengan keputusan Hafsham dan mula mengubati lara hatinya sendirian. Majlis perkahwinan Hafsham dan Natasha akhirnya berlangsung. Namun tidak lama kemudian, rumahtangga Hafsham dan Natasha mulai goyah apabila Hafsham melihat Natasha masih belum mengubah sikapnya yang masih menjejakkan kakinya ke kelab malam. Hafsham akhirnya rasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru mengahwini Natasha. Hafsham mencuba untuk memenangi semula hati Farah Diba. Bagaimanapun, hati Farah Diba kini tertutup untuk menerima Hafsham kembali. Farah juga mengingatkan Hafsham agar setia kepada Natasha dan membimbingnya ke jalan yang benar sebagai seorang isteri.