Pengguna:EmpAhmadK
EmpAhmadK
Wikipediawan Melayu dari Malaysia.
Penulis, pelukis vektor dan peminat veksilologi.
Penyunting sejak Khamis, 16 Ogos 2018 09:38 (UTC).
"Itulah sumpah,
Sepenuh rela,
Darah dan nyawa."
Pengenalan
Salam sejahtera! Nama saya Ahmad, dan saya berasal dari Malaysia. Saya seorang penyunting biasa di Wikipedia yang sangat menghargai ilmu serta gemar mengongsinya dengan orang ramai. Saya juga melakukan ilustrasi vektor dan sering melukis semula sesetengah grafik raster seperti bendera sebagai grafik vektor. Saya juga seorang peminat bendera. Saya telah mendalami bidang veksilologi sejak kecil, dan juga telah memuat naik kepada Commons banyak gambar-gambar bendera bersejarah yang saya telah lukis berdasarkan rujukan yang telah saya jumpai. Saya ada banyak lagi yang belum dilukis, namun dengan kekangan masa akibat pembelajaran saya, saya terpaksa mengenepikan dahulu hal-hal sedemikian buat masa ini. Walaupun begitu, saya masih lagi membuat dan memuatnaiknya dari semasa ke semasa, terutamanya grafik yang lebih mudah atau yang saya telah hampir lengkapkan dahulu.
Hasil karya saya terdahulu
Saya membuat ilustrasi vektor sebagai satu hobi dan juga di atas permintaan kadang-kadang. Kebanyakan hasil karya saya adalah lukisan semula logo atau bendera, namun saya juga memuat naik gambar-gambar lain (potret, pemandangan, kejadian, dsb.), serta audio sebutan bahasa Melayu jika saya ada kelapangan masa (lazimnya untuk menyunting, kerana saya sudah mempunyai 54 fail audio yang belum disunting pada masa kini, kesemuanya telah dirakam pada hari yang sama dengan yang telah saya muat naik sebelum ini). Jika anda mahukan saya untuk bantu cipta sama ada lukisan vektor atau rakaman audio sebutan bahasa Melayu, kirimkan saya sepucuk surat melalui laman perbincangan saya dan saya akan lihat jika saya boleh melakukannya.
Ilustrasi bagi Wikipedia Bahasa Melayu
-
Gambar latar belakang bagi laman utama Wikipedia Bahasa Melayu.
-
Sebuah logo bagi sambutan hari jadi kelapan belas Wikipedia Bahasa Melayu pada tahun 2020, di mana saya telah menambah sekeping bahagian susun suai glob dan juga konfeti.
-
Sebuah logo bagi sambutan hari jadi kelapan belas Wikipedia Bahasa Melayu pada tahun 2020, di mana saya telah menambah sehelai reben mengelilingi glob susun suai itu.
-
Logo Wikilatih (direka oleh pasukan Wikipedia Bahasa Melayu, saya hanya membuat ilustrasi berdasarkan reka bentuk raster mereka).
-
Ikon Nasi Bungkus bagi acara Wikipedia 20 pada tahun 2021.
-
Ikon Mercu Tanda Melayu bagi acara Wikipedia 20 pada tahun 2021.
-
Logo WikiSelera.
-
Ikon Hari Raya Aidilfitri
Bendera
-
Cadangan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1949, antara corak yang termasuk dalam tiga corak pilihan terakhir (bersama-sama kedua-dua corak lain).
-
Bendera Askar Johor (bersama-sama bendera-bendera Johor yang lain).
Simbol/bendera/logo parti politik
-
Bendera Parti Melayu Semangat 46 (bersama-sama logo dan simbol pilihan raya mereka).
-
Logo Muafakat Nasional.
-
Logo parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia.
-
Simbol pilihan raya Angkatan Perpaduan Ummah.
Audio sebutan istilah
-
Sebutan bahasa Melayu Malaysia bagi istilah "alam semesta".
-
Sebutan bahasa Melayu Malaysia bagi nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI.
-
Sebutan bahasa Melayu Malaysia bagi istilah "bumi".
-
Sebutan bahasa Melayu Malaysia bagi nama "Malaysia".
Gambar-gambar
-
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Ibrahim Ali pada tahun 2014 memberi satu ucapan di Putrajaya.
-
Bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yusri Mohamad pada tahun 2020.
-
Keadaan masjid di negeri Selangor ketika penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020 dengan syarat dan kawalan ketat dilaksanakan.
-
Seorang jemaah solat fardu Jumaat diperiksa oleh seorang pegawai masjid sebelum dibenarkan masuk sebua masjid di Selangor ketika penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020.
-
Menara Warisan Merdeka di Kuala Lumpur ketika belum selesai dibina pada Julai 2020.
Kerja-kerja saya yang belum selesai
Saya mempunyai banyak komitmen lain, maksudnya saya perlu mengenepikan kerja-kerja sukarelawan dan hobi seperti ini. Rancangan saya adalah untuk selesai melukis semula semua bendera daerah Johor (kesemuanya sudahpun dalam bentuk vektor, namun mempunyai ukuran yang salah bagi sesetengah elemen), serta bendera-bendera negeri Kelantan yang saya telah selesai melukis semula, namun belum sempat menukarkan formatnya. Saya juga perlu siapkan lukisan vektor Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang diminta oleh pengguna Anumengelamun. Kini, saya mendahulukan permintaan dari pihak penyelia Wikipedia Bahasa Melayu, serta memuat naik ilustrasi yang saya telah selesai cipta satu demi satu. Saya masih mencipta sesetengah ilustrasi lain namun kebanyakannya perlu tunggu sehingga pembelajaran saya tamat.