Pergi ke kandungan

Projek: Exit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Projek: Exit
GenreRemaja
Misteri
Drama psikologi
Ditulis oleh
  • Zulaikha Zakaria
  • Anwari Ashraf
  • Syakir "Mo" Zakii
  • Luqman Sheikh Ghazali
  • Natasha Azlan
  • Muqri Azlan
PengarahZulaikha Zakaria
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod6
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro GO
Astro Premier (Episod 1-3 sahaja)
Astro Citra
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 November 2024 (2024-11-01) – 6 Disember 2024 (2024-12-06)
Rancangan berkaitan

Project: Exit ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Zulaikha Zakaria. Dibintangi oleh Shasha Abedul, Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah dan Nabila Huda, ia merupakan siri ketiga dalam francais Projek dan diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier dan Astro Citra bermula 1 November sehingga 6 Disember 2024.[1][2][3]

Mengisahkan tentang seorang remaja perempuan dengan masalah kemurungan dihantar ke sebuah asrama pemulihan akhlak selepas gagal dalam percubaan bunuh diri. Konflik bermula apabila dia bertemu seorang remaja lelaki dengan penyakit fibrosis sistik dan berkomplot untuk lari dari pusat berkenaan.[1]

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"? (Question)"1 November 2024 (2024-11-01)
2"... (Elipses)"8 November 2024 (2024-11-08)
3"– (Hyphen)"15 November 2024 (2024-11-15)
4"! (Exclamation)"22 November 2024 (2024-11-22)
5". (Full Stop)"29 November 2024 (2024-11-29)
6"; (Semi Colon)"6 Disember 2024 (2024-12-06)

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Projek: Exit ialah siri ketiga dalam francais Projek selepas Projek: Anchor SPM (2021) dan Projek: High Council (2023). Menurut pengarahnya, Zulaikha Zakaria, naratif drama ini "tertumpu kepada kekuatan tema masalah perilaku remaja serta kehidupan asrama sebagai elemen utama disokong plot berat yang menjadikan jalan cerita drama lebih segar".[6] Untuk drama ini, isu kesihatan mental dibawakan sebagai topik utama.[7]

Naim Daniel yang sebelum ini pernah berlakon dalam Projek: High Council, berkata, untuk menjayakan watak Ucop dalam Projek: Exit, beliau membotakkan kepalanya bagi memenuhi tuntutan bagi watak seorang ‘budak nakal’ yang menjual bahan terlarang demi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan keluarganya.[8]

  1. ^ a b c d e f g "Drama Projek: Exit". My Infotaip. 25 April 2024. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  2. ^ Mya Amri (16 Oktober 2024). "Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi". Astro Gempak. Dicapai pada 17 Oktober 2024.
  3. ^ Budiey (18 Oktober 2024). "Astro Originals 'Projek: Exit' Bawa Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  4. ^ Amin Hazlan (16 Oktober 2024). "Hampir sebulan pakai tudung, Shasha Abedul terdetik tutup aurat ketika 'upload' foto di IG". mStar Online. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  5. ^ Amin Hazlan (16 Oktober 2024). "Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip". mStar Online. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  6. ^ Muhammad Haikal Ramli (21 Februari 2024). "Projek: Exit, naskhah bakal cetus fenomena". HibGlam. Kosmo!. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  7. ^ "ASTRO ORIGINALS 'PROJECT; EXIT' MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI". Femag Online. 17 Oktober 2024. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  8. ^ "Naim Daniel botakkan kepala demi Projek: Exit". Astro Awani. 16 Februari 2024. Dicapai pada 19 Oktober 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]