Pergi ke kandungan

Qutub Minar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qutb Minar
KoordinatKoordinat: 28°31′28″N 77°11′07″E / 28.524355°N 77.185248°E / 28.524355; 77.185248
Tinggi72.5 meter (238 ka)
JenisBudaya
Kriteria4
Direka bentuk pada1993 (Sesi ke-17)
No. Rujukan233
Country India
BenuaAsia
Constructionmula pada 1199 oleh Qutb-ud-din Aibak / dihabiskan 1220 oleh Iltutmish[1][2]
Qutub Minar yang terletak di India
Qutub Minar
Lokasi Qutb Minar di India

Qutub Minar (bahasa Hindi : क़ुतुब मीनार bahasa Urdu: قطب منار) ialah menara utama terletak di dalam kompleks lebih besar di kawasan Mehrauli selatan New Delhi, India.[3][4] Ia menara berasaskan bata tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 72.5m (237.8 kaki)[5][6] dengan 379 anak tangga menuju ke puncak;[7] binaan ini meruncing dari bahagian tapak ialah 14.3m manakala lantai teratas berdiameter 2.75m di puncaknya.[8]

Ia merupakan contoh seni bina India-Islam yang penting dalam sejarah India. Keseluruhan Qutub Minar dan monumen-monumen sekelilingnya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[3] Tingkat pertama ia pernah dibuka kepada orang ramai sejak 1976. Namun, ia mengundang banyak kes kemalangan dan pembunuhan diri, lagi-lagi dengan suatu insiden huru-hara akibat kerosakan pencahayaan yang membunuh 41 orang pada 4 Disember 1981.[9] Bahkan, pengawalan kemasukan ke dalam menara ini sangat ketat.[10]

Diilhamkan oleh Menara Jam di Afghanistan dan mahu mengatasinya, Qutb al-Din Aibak, pemerintah Islam Delhi yang pertama, memulakan pembinaan Qutub Minar pada tahun 1193, tetapi hanya dapat menyiapkan tapaknya sahaja. Pewaris beliau, Iltutmish, menambah tiga tingkat lagi dan, pada tahun 1368, Firuz Shah Tughluq membina tingkat kelima dan terakhir. Perkembangan gaya seni bina dari zaman Aibak hingga Tughluq jelas ternyata dalam menara tersebut. Seperti menara-menara terdahulu yang didirikan oleh Bani Ghaznawi dan Bani Ghuri di Afghanistan, Qutub Minar mengandungi beberapa syaf bebibir berlapis dan silinder yang dipisahkan oleh beranda-beranda yang disokong oleh sangga-sangga Muqarnas. Menara tersebut dibina dengan menggunakan batu pasir merah berjejalur yang dihiasi dengan ukiran-ukiran rumit dan ayat-ayat al-Quran.

Tujuan pembinaan monumen yang indah ini telah diduga sekian lama. Ia dapat memainkan peranan umum sebagai sebuah menara yang memanggil orang ramai untuk bersolat di Masjid Quwwat al-Islam, masjid terawal yang masih yang dibina oleh sultan-sultan Delhi. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah sebagai menara kemenangan, monumen yang menandakan kehebatan Islam, atau sebagai menara pemerhati bagi pertahanan. Kontroversi juga menyelubungi asal-usul nama menara tersebut. Ramai sejarawan percaya bahawa Qutub Minar dinamakan sempena nama sultan berketurunan Turki pertama Qutb-ud-Din Aibak tetapi sejarawan lain menegaskan bahawa ia dinamakan sebagai menghormati Qutb al-Din Bakhtiar Kaki, seorang wali dari Baghdad yang datang untuk tinggal di India yang amat dimuliakan oleh Iltutmish.

Menurut inskripsi di atas permukaannya, ia dibaikpulih oleh Firuz Shah Tughluq (1351-1388) dan Sikandar Lodi (1489-1517). Major R.Smith juga membaikpulih menara tersebut pada tahun 1829.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Qutub Minar". qutubminardelhi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2015. Dicapai pada 15 Jun 2015.
  2. ^ "History And Civics - Page 40". Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ a b "WHC list". who.unesco.org. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2018. Dicapai pada 27 October 2011.
  4. ^ Singh (2010). Longman History & Civics ICSE 7. Pearson Education India. m/s. 42. ISBN 978-81-317-2887-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2013. Dicapai pada 27 October 2011.
  5. ^ "History And Civics - Page 40". Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ "World's tallest buildings, monuments and other structures".
  7. ^ "Qutub Minar". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2018. Dicapai pada 24 October 2016.
  8. ^ "Qutb Minar Height". qutubminardelhi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2015. Dicapai pada 15 Jun 2015.
  9. ^ "Around the World; 45 Killed in Stampede At Monument in India". The New York Times. 5 December 1981. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2018. Dicapai pada 13 February 2018.
  10. ^ Khandekar, Nivedita (4 Disember 2012). "31 yrs after tragedy, Qutub Minar's doors remain shut". Hindustan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2018. Dicapai pada 13 Februari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]