Ruzana Ibrahim
Ruzana Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Ruzana binti Ibrahim 13 November 1984 |
Pusat pendidikan | Universiti SEGi |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | M. Fadhil Zakaria (k. 2018) |
Saudara |
|
Ruzana Ibrahim (lahir 13 November 1984) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Luscious yang turut dianggotai oleh Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ruzana mula aktif dalam bidang seni pada 2006 menerusi penglibatan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Production, diikuti oleh pementasan teater P. Ramlee The Musical, sejak itu beliau muncul dalam beberapa pementasan teater lain.[1]
Beliau menyertai program TV realiti, Gang Starz musim pertama (2007) menerusi trio Luscious bersama sahabat baiknya Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar dan terkenal dengan lagu "Khabarkan".[2]
Tari Tirana ialah drama pertama lakonannya, dibintangi bersama Wan Sharmila dan Shahz Jaszle. Kerjaya filemnya bermula menerusi filem Relationship Status yang ditayangkan pada 2012.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ruzana dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, beliau ialah sepupu kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Convent Bukit Nenas dan kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej SEGi (kini Universiti SEGi).
Beliau berkahwin dengan M. Fadhil Zakaria pada 11 Mac 2018.[3]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Luscious
[sunting | sunting sumber]- "Khabarkan" (2008)
Single
[sunting | sunting sumber]- Penyanyi jemputan
- "Bebaskan Hatimu" - Dynda (2014)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Relationship Status | Hawa | Filem pertama |
2017 | Kanang anak Langkau: The Iban Warrior | Senah / Komunis | |
2021 | Zombitopia | Kak Lily | |
2022 | Seratus | Penampilan khas | |
2023 | Imaginur | Yazmin |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009–2010 | Tari Tirana | Cik Yasmeen | TV3 | Drama pertama |
2012 | Persona Sukma | Hanna / Sukma | TV1 | |
Pulau | Petum | TV9 | ||
Small Mission Enterprise | NTV7 | Sitkom | ||
2015 | Cik Puan Sinderella | Cikgu Muna | TV3 | |
Tuan Anas Mikael | Astro Ria | |||
2016 | Isteri Tuan Ihsan | Hanani | Astro Ria | |
2016 | Cinta 100kg | Rozie | TV3 | |
2018 | Rahasia Kasih | Melinda | ntv7 | |
2019 | 30 Pesanan Suara | Syazana | TV3 | |
2020 | Dendam Cinta Arissa | Diana | Astro Ria | |
Misteri Mona | Mona | TV3 | ||
KL Gangster: Underworld 2 | Betty Agogo | Iflix | ||
2021 | Hawa | Fauziah | Astro Ria | |
2021–2022 | Gerak Khas Undercover | Rita | TV3 | |
2022 | Murder By Moonlight | Datin Saloma | Astro Citra | |
TBA | Untitled Murder By Moonlight Special |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Hijrah Di Ufuk Senja | Telefilem khas sempena Maal Hijrah | ||
Playboy Di Mindaku | TV9 | |||
2021 | Misteri Mona: Kuserumu Kembali | Mona | TV3 |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2006 | Puteri Gunung Ledang | |
2007–2014 | P. Ramlee The Musical | |
2011 | The Secret Life of Nora | |
2014 | Seussical The Musical | |
2016 | Mencari Sumaiyah |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2017–2018 | X-Treme Pesona | TV1 | |
2022 | Kaki Gunung | TV Okey |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tentang dia: Ruzana Ibrahim 7klik (30 September 2017). Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Wanda Idris (10 Julai 2007). Luscious mengejar kerlipan bintang Diarkibkan 2018-07-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 17 Mac 2010.
- ^ Pelakon Isteri Tua. Ihsan Ruzana Ibrahim selamat bergelar isteri Astro Awani (11 Mac 2018). Dicapai pada 17 Mac 2018.