USS Washington (BB-56)
Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat USS Washington.
Washington pada September 1945
| |
Sejarah | |
---|---|
United States | |
Nama: | Washington |
Bersempena dengan: | Negeri Washington |
Pembina: | Limbungan Kapal Philadelphia |
Dibaringkan: | 14 Jun 1938 |
Dilancarkan: | 1 Jun 1940 |
Ditauliah: | 15 Mei 1941 |
Dibersarakan: | 27 Jun 1947 |
Struck: | 1 Jun 1960 |
Takdir: | Dijual untuk sekerap, 24 Mei 1961 |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | kapal tempur kelas-North Carolina |
Sesaran: |
|
Panjang: | 728 ka 9 in (222.1 m) |
Lunas: | 108 ka 4 in (33 m) |
Draft: | 32 ka 11.5 in (10 m) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 28 knot (52 km/j; 32 mph) |
Jarak: | 17,450 nmi (32,320 km; 20,080 bt) at 15 knot (28 km/j; 17 mph) |
Anak kapal: | 1,800 anak kapal |
Persenjataan: | |
Perisai: |
|
Pesawat yang dibawa: | 3 × pesawat apung Vought OS2U Kingfisher |
Kemudahan penerbangan: | 2 × katapel terlatih |
USS Washington (BB-56) adalah anggota kedua dan terakhir dari kapal tempur laju kelas North Carolina, iaitu kapal pertama seumpamanya bagi Tentera Laut Amerika Syarikat. Dibina di bawah sistem Perjanjian Washington, reka bentuk North Carolina telah dihadkan dari segi berat dan persenjataan, walaupun Amerika Syarikat menggunakan klausa dalam Perjanjian Tentera Laut London Kedua untuk meningkatkan bateri utama dari persenjataan asal sembilan meriam 14 in (356 mm) ke sembilan meriam 16 in (406 mm). Kapal itu mula dibina pada tahun 1938 dan siap pada Mei 1941, sewaktu AS masih lagi berkecuali dalam Perang Dunia II. Kerjaya awalnya dihabiskan untuk latihan disepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat sehingga selepas Jepun menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, menarik Amerika ke dalam perang.
Washington pada awalnya dikerahkan ke Britain bagi memperkuatkan Armada Utama, dan diberi tugas melindungi konvoi-konvoi yang membawa bekalan ke Soviet Union. Ia tidak menyaksikan sebarang pertempuran semasa tempoh ini, kerana armada Jerman kekal di pelabuhan, dan Washington telah dipanggil semula ke AS pada Julai 1942 untuk diperbaiki dan dipindahkan ke Pasifik. Dengan segera dihantar ke selatan Pasifik bagi memperkuatkan unit-unit Sekutu yang terlibat dalam kempen Guadalcanal, kapal itu menjadi kapal pemerintah Laksamana Muda Willis Lee. Ia dilihat beraksi di Pertempuran Laut Guadalcanal pada malam 14–15 November bersama dengan kapal tempur USS South Dakota dan empat kapal pembinasa. Selepas South Dakota dengan tidak sengaja menarik tembakan berat Jepun dengan bergerak hampir rapat dengan skuadron Laksamana Nobutake Kondō, Washington mengambil kesempatan dari keasyikan Jepun terhadap South Dakota dengan menyerang dan menenggelamkan kapal tempur Jepun Kirishima dan kapal pembinasa Ayanami, sambil mengelak dirinya dari ditembak. Serangan Washington mengganggu rancangan pengeboman Kondō ke atas kedudukan Marin A.S. di Guadalcanal dan memaksa saki baki kapal Jepun untuk berundur.
Daripada tahun 1943 ke atas, ia sibuk dengan tugas melindungi pasukan petugas pengangkut laju, namun ia juga sekali sekala membedil kedudukan Jepun untuk menyokong berbagai serangan amfibia. Semasa tempoh ini, Washington terlibat dalam kempen Pulau Gilbert dan Marshall pada akhir tahun 1943 dan awal 1944, kempen Pulau Mariana dan Palau pada pertengahan 1944, dan kempen Filipina pada akhir 1944 dan awal 1945. Operasi untuk menawan Iwo Jima dan Okinawa bermula pada 1945, dan semasa peringkat akhir Pertempuran Okinawa, Washington telah diasingkan untuk dibaik pulih, namun pada waktu ia siap, Jepun telah menyerah kalah, dengan itu menamatkan perang. Washington kemudian berpindah ke pantai timur AS, di mana ia diperlengkapkan untuk menjadi pengangkut pasukan tentera sebagai sebahagian daripada Operasi Magic Carpet dan kemudian membawa sekumpulan lebih 1,600 askar pulang dari Britain. Selepas itu ia dilucutkan tauliah pada tahun 1947 dan ditugaskan ke Armada Simpanan Atlantik, dimana ia kekal sehingga tahun 1960 apabila ia dikeluarkan dari direktori Tentera Laut dan dijual untuk sekerap pada tahun berikutnya.
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Blair, Clay (1996). Hitler's U-boat War: The Hunters, 1939–1942. New York: Random House. ISBN 0-394-58839-8.
- Templat:Cite DANFS
- Frank, Richard B. (1990). Guadalcanal: The Definitive Account of the Landmark Battle. Marmondsworth: Penguin Books. ISBN 0140165614.
- Friedman, Norman (1980). "United States of America". Dalam Gardiner, Robert & Chesneau, Roger (penyunting). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. m/s. 86–166. ISBN 978-0-87021-913-9.
- Friedman, Norman (1985). U.S. Battleships: An Illustrated Design History. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-715-1.
- Hornfischer, James D. (2011). Neptune's Inferno: The U.S. Navy at Guadalcanal. New York: Bantam Books. ISBN 9780553806700.
- Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8.
- Templat:Cite DANFS
- Wilmott, H. P. (2015). The Battle of Leyte Gulf: The Last Fleet Action. Bloomington: Indiana University Press. ISBN 9780253019011.
- Y'Blood, William T. (2012). Red Sun Setting: The Battle of the Philippine Sea. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 9781612511979.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Garzke, William H. & Dulin, Robert O. (1976). Battleships: United States Battleships in World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-099-8.
- Lundgren, Robert (2008). "Question 39/43: Loss of HIJMS Kirishima". Warship International. XLV (4): 291–296. ISSN 0043-0374.
- Whitley, M. J. (1998). Battleships of World War Two: An International Encyclopedia. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-184-X.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan USS Washington (BB-56) di Wikimedia Commons