Pergi ke kandungan

Universiti Columbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Columbia
Bandar Raya New York
Columbia University in the City of New York
Nama lama
  • King's College (1754-1776)
    *Columbia College (1784-1896)
MotoIn lumine Tuo videbimus lumen (bahasa Latin, petikan kitab Mazmur 36:9)
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1754
PembiayaanUSD13.6 bilion (2023)[1]:23
Bajet$5.9 billion (2023)[1]:5
PresidenMinouche Shafik
ProvosAngela Olinto
Staf akademik
3,543[2]
Pelajar36,649[3]
Siswazah9,761[3]
Ijazah/Sarjana26,888[3]
Lokasi,
KampusJumlah, 299 ekar (1.23 km²): Bandar, 36 ekar (0.15 km²) Morningside Heights Campus, 26 ekar (0.1 km²), Baker Field athletic complex, 20 ekar (0.09 km²), Medical Center, 157 ekar (0.64 km²) Lamont-Doherty Earth Observatory, 60 ekar (0.25 km²), Nevis Laboratories, Reid Hall (Paris)
AkhbarColumbia Daily Spectator
Warna"Biru Columbia" dan putih         
OlahragaNCAA Division I FCS, Liga Ivy
29 pasukan sukan
Nama samaranColumbia Lions
PenggabunganMAISA; AAU
Laman sesawangwww.columbia.edu
Fail:ColumbiaU logo.png

Universiti Columbia dalam Bandar Raya New York (bahasa Inggeris: Columbia University in the City of New York)[4] atau ringkasnya Universiti Columbia (Columbia University) merupakan sebuah universiti swasta di Amerika Syarikat dan merupakan badan anggota Liga Ivy. Kampus utamanya terletak di dalam kejiranan Morningside Heights di boro Manhattan, bandar raya New York.

Abad ke-18: Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Institusi ini telah ditubuhkan sebagai King's College oleh Gereja England, menerima Piagam Diraja dalam tahun 1754 daripada Raja George II. Kelas pengajaran mula diadakan pada Julai tahun itu oleh Samuel Johnson seramai 8 orang.[5]:8–10 Pada 1 Mei 1874 berikutan Perang Revolusi Amerika, pihak kolej meluluskan akta yang menyatakan kerjasama pemerintah negeri New York, mendirikan suatu lembaga pengarah dan menukarkan namanya kepada Columbia College.[5]

Abad ke-20

[sunting | sunting sumber]

Pada 1968, para pelajar universiti pimpinan pertubuhan Pelajar Menyokong Masyarakat Demokratik (Students for a Democratic Society) melakukan mogok tidak belajar dan tunjuk perasaan besar menentang pelibatan pemerintah Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam[6] mengepung banyak bangunan pekarangan universiti sehingga pihak berkuasa universiti mengarahkan Jabatan Polis Bandar Raya New York menarik keluar semua aktivis secara secara keras.[7]

Abad ke-21

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 April 2024, kelompok aktivis pelajar Yahudi Jewish Voice for Peace dan kelompok aktivis pelajar Palestin Within Our Lifetime turun padang di pekarangan kampus universiti sebanyak 50 kaki khemah membentuk "Perkhemahan Setiakawan Gaza" (Gaza Solidarity Encampment)[8][9] dengan tujuan mendesak pihak Universiti memutuskan hubungan kewangan dengan pemerintah Israel berikutan perang yang meletus dilakukan Angkatan Pertahanannya serata Genting Gaza.[10] Pada 30 haribulan sama, para aktivis menyerbu masuk dan mengunci Dewan Hamilton[11] yang diberi gelaran "Dewan Hind" (Hind's Hall) memperingati pembunuhan Hind Rajab sekeluarganya oleh tentera Israel;[12] hal ini menyebabkan banyak polis dibawa masuk pihak Universiti mengawal persekitaran dewan dikepung.[13] The administration threatened to expel students who participated in the hall takeover.[14] Pihak Universiti beralih kepada pembelajaran hibrid dalam talian sepanjang semester[15] malah majlis konvokesyen universiti tersebut pada 15 Mei dibatalkan.[16] Insiden ini pertama kali seumpamanya berlaku berdekad-dekad mengulangi kejadian tahun 1968 semasa Perang Vietnam.[17]

  1. ^ a b "Consolidated Financial Statements, June 30, 2023 and 2022" (PDF). Columbia University. October 17, 2023. m/s. 23. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada February 16, 2024. Dicapai pada April 22, 2024.
  2. ^ Full-time faculty distribution by gender and tenure status, Fall 2007, Columbia University
  3. ^ a b c "Enrollment by School and Degree Level, Fall 2022" (PDF). Columbia University Office of Planning and Institutional Research. November 3, 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada December 20, 2022. Dicapai pada April 22, 2024.
  4. ^ McCaughey, Robert A. (2003), Stand, Columbia: A History of Columbia University in the City of New York, 1754–2004, New York: Columbia University Press, m/s. 177, ISBN 0-231-13008-2, Several developments at Columbia in the 1890s helped separate, or at least dramatze, the break with what had gone before and what would come later. The first was a formal change in name, giving the institution the fourth in its history. It began in 1754 as King's College and became in 1784 and remained for three thereafter Columbia College in the State of New York. From 1787 until 1896 Columbia was officially Columbia College in the City of New York, until, by trustee resolution on May 2, 1896, it became Columbia University in the City of New York.<Footnote 2: Columbia University Trustees Minutes, January 8, 1912. The change was formally accepted by the New York State Board of Regents in 1912. (page 609)>
  5. ^ a b Matthews, Brander; John Pine; Harry Peck; Munroe Smith (1904). A History of Columbia University: 1754–1904. London, England: Macmillan Company.
  6. ^ Sale, Kirkpatrick, SDS: The Rise and Development of The Students for a Democratic Society. Random House (1973), Hardcover, Vintage Books. 1973. ISBN 0394478894 m/s. 297-8.
  7. ^ Kifner, John (2008-04-28). "Columbia's Radicals of 1968 Hold a Bittersweet Reunion". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331.
  8. ^ Goldstein, Judy. "In Focus: The first 24 hours of the 'Gaza Solidarity Encampment'". Columbia Daily Spectator. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2024. Dicapai pada 2024-04-19.
  9. ^ Otterman, Sharon (2024-04-18). "Columbia Sends In the N.Y.P.D. to Arrest Protesters in Tent City". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2024. Dicapai pada 2024-04-19.
  10. ^ "'Divest from Israel': Decoding the Gaza protest call shaking US campuses". Al Jazeera. 30 April 2024.
  11. ^ Davis, Eryn; Otterman, Sharon; Nir, Sarah (April 29, 2024). "Protesters Take Over Building on Columbia Campus as Deadline Passes". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 29, 2024. Dicapai pada April 29, 2024.
  12. ^ Iqbal, Nomia; Cabral, Sam; FitzGerald, James (2024-04-29). "Columbia protesters take over building after defying deadline". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2024. Dicapai pada 2024-04-30.
  13. ^ "Campus protests live updates: Columbia closed to non-residential students, encampments cleared at other schools". NBC News. NBC. Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2024. Dicapai pada 30 April 2024.
  14. ^ Davis, Eryn; Cruz, Liset; Sanford, Karla Marie; Yoon, John (April 30, 2024). "Live Updates: Columbia Says It Will Expel Students Occupying a Campus Building". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2024. Dicapai pada 30 April 2024.
  15. ^ Egan, Matt; Boyette, Chris; Prokupecz, Shimon; Anderson, Nic F. (April 22, 2024). "Columbia University main campus classes will be hybrid until semester ends; NYU students, faculty arrested during protests". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2024. Dicapai pada April 23, 2024.
  16. ^ Ramsey, Khalifeh (6 May 2024). "Columbia cancels main graduation ceremony after campus protests". Gothamist (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2024. Dicapai pada 6 May 2024.
  17. ^ "Pro-Palestinian Columbia Student Protests Continue After Arrests". TIME (dalam bahasa Inggeris). 2024-04-19. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2024. Dicapai pada 2024-04-22.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.