Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/31 Julai
Penampilan
31 Julai: Hari Pahlawan di Malaysia; Lā Hae Hawaiʻi dan Lā Hoʻihoʻi Ea di Hawaii (1843); Hari Perayaan Ignatius dari Loyola.
- 1658 – Selepas menewaskan saudaranya, Aurangzeb ditabalkan sebagai Maharaja Mughal ke-6.
- 1777 – Kongres Benua Kedua meluluskan ketetapan membenarkan bangsawan Perancis Marquis de Lafayette menyertai tentera revolusi Amerika sebagai Mejar Jeneral.
- 1917 – Perang Dunia Pertama: Pertempuran Passchendaele bermula berhampiran Ieper di Flanders Barat, Belgium.
- 1954 – Sepasukan pendaki Itali menjadi orang pertama sampai ke puncak K2 (gambar), gunung kedua tertingi di dunia.
- 2006 – Ekoran pembedahan usus, Fidel Castro memindahkan buat sementara waktu tugas sebagai Presiden Cuba kepada adiknya Raúl.
Hari-hari sebelum: 30 Julai – 29 Julai – 28 Julai