Tambah tajuk dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menambah teks tajuk pada sebarang klip dalam filem anda menggunakan salah satu daripada banyak gaya tajuk yang tersedia dalam iMovie. Anda boleh meletakkan tajuk terus di atas klip video, di atas latar belakang berwarna padu atau di atas latar belakang grafik rekaan Apple atau klip latar belakang beranimasi. Sesetengah gaya tajuk adalah unik kepada tema, yang bermakna anda perlu menggunakan tema tertentu pada filem anda untuk menggunakan gaya.
Tambah tajuk pada filem anda
Dalam app iMovie pada Mac anda, buka filem anda dalam garis masa, kemudian pilih Tajuk di atas pelayar.
Gaya tajuk yang tersedia muncul dalam pelayar. Jika anda telah mengesetkan tema untuk filem anda, tajuk yang berkaitan dengan tema muncul di bahagian atas pelayar.
Layari tajuk untuk mencari tajuk yang anda mahu gunakan atau gunakan medan carian untuk mencari nama tajuk tertentu.
Banyak tajuk dianimasikan, yang bermakna tajuk tersebut bergerak pada skrin dalam cara yang menarik. Imbas imej kecil tajuk dalam pelayar untuk melihat cara tajuk bergerak.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam garis masa, tempatkan penunjuk main di tempat anda mahu menambah tajuk dan kemudian dwiklik tajuk dalam pelayar.
Tajuk ditambah pada filem anda di kedudukan penunjuk main.
Seret tajuk ke garis masa, di atas klip yang anda mahu tajuk tersebut muncul.
Jika pelekatan diaktifkan (klik menu Lihat dan pastikan Pelekatan mempunyai tanda semak di sebelahnya), pinggir tajuk sejajar dengan klip dan pinggir transisi. Semasa anda menyeret, garis kuning menegak muncul apabila mana-mana hujung tajuk dijajarkan dengan mana-mana hujung klip.
Seret tajuk ke garis masa, di atas klip yang anda mahu tajuk tersebut muncul.
Jika anda menempatkan tajuk dalam bahagian pertama atau sepertiga terakhir pada klip, tempoh tajuk dilaraskan secara automatik untuk muncul dalam sepertiga klip tersebut. Jika anda menempatkan tajuk di tengah-tengah klip tersebut, tempoh tajuk dilaraskan untuk muncul pada keseluruhan klip.
Pilih tajuk dalam garis masa atau gerakkan penunjuk main ke atas tajuk.
Dalam pemapar, pilih teks ruang letak dengan mendwiklik padanya dan taipkan teks yang anda mahu muncul.
Untuk menukar rupa tajuk (fon, warna, saiz, gaya atau penjajaran) gunakan kawalan fon di atas pemapar.
Nota: Anda tidak dapat menukar fon dalam tajuk bergaya tema tertentu dan sesetengah tajuk beranimasi.
Apabila anda selesai, klik butang Guna di atas pemapar.
Padam tajuk
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih bar tajuk dalam garis masa.
Jidar kuning muncul di sekeliling bar tajuk.
Pilih Edit > Padam (atau tekan kekunci Delete).