Pergi ke kandungan

Allah Selamatkan Sultan Kami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allah Selamatkan Sultan Kami
الله سلامتکن سلطان کامي

Lagu Kebangsaan Negeri Pahang Pahang
MuzikDorothy Lilian Sworder[1], 1924
Diguna pakai1925
Sampel audio
Allah Selamatkan Sultan Kami (instrumental)

Allah Selamatkan Sultan Kami (Jawi: الله سلامتکن سلطان کامي) ialah ialah lagu rasmi Pahang Darul Makmur negeri Malaysia yang diterima pakai secara rasmi pada tahun 1925. Lagu kebangsaan itu berdasarkan lagu Perang Pahang yang disusun semula oleh Miss Dorothy Lilian Sworder pada Disember 1924.[2][3][1]

Pada tahun 1924, semasa pemerintahan Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah, satu pertandingan telah diatur di Pahang untuk memilih lagu untuk lagu negeri. Salah satu penyertaan telah dikemukakan oleh Cik Dorothy Lilian Sworder (1892–1982), anak perempuan Pegawai Pertanian di Pekan, yang sedang melawat ayahnya. Miss Sworder ialah seorang pemuzik berbakat dan LRAM.[1] Gubahan beliau, yang merupakan versi penyusunan semula lagu Perang Pahang, telah dipilih dan disampaikan oleh Resident British Pahang, H.W Thompson kepada Sultan pada 1 Mei 1925.[2][3] Skor muzik lagu itu dihantar ke Kuala Lumpur dan dipersembahkan buat pertama kali oleh Pancaragam Negeri semasa mesyuarat majlis Persekutuan pada tahun yang sama.[2][3]

Lagu rasmi semasa ialah versi diubah suai bagi lirik asal. Pada baris ketiga, istilah asal Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah disemak kepada Duli Yang Maha Mulia. Begitu juga pada baris ketujuh, Ke Bawah Duli Raja Kami telah disemak kepada Duli Tuanku Raja Kami.

Versi Asal

[sunting | sunting sumber]

Tulisan Rumi

[sunting | sunting sumber]

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami

Tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]

يا ﷲ يڠ مها کواس
لنجوتکن اوسيا کبوه دولي يڠ مها مليا
درݢهايو دار المعمور
امان دان بهاݢيا سنتياس
يا ﷲ سلامتکن کبوه دولي راج كامي

Versi Terkini

[sunting | sunting sumber]
Allah Selamatkan Sultan Kami [4]
Bahasa Melayu [5][6] [7] Tulisan Jawi

Ya Allah yang maha kuasa [5][6]

Lanjutkan usia [5][6]

Duli yang maha mulia [5][6]

Dirgahayu, darul makmur [5][6]

Aman dan bahagia sentiasa [5][6]

Ya Allah selamatkan [5][6]

Duli tuanku raja kami. [5][6]

يا الله يڠ مها كواس
لنجوتكن أوسيا
دولي يڠ مها موليا
ديرݢاهايو دار المعمور
أمان دان بهاݢيا سنتياس
يا ألله سلامتكن
دولي توانكو راج كامي

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ a b c The Keeper of Public Records 1961.
  2. ^ a b c Pahang Museums.
  3. ^ a b c Yaakub Isa 1997.
  4. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  5. ^ a b c d e f g h Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Pahang - Allah Selamatkan Sultan Kami". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ a b c d e f g h DiRaja Pahang. "Lagu Negeri Pahang - Allah Selamatkan Sultan Kami". www.dirajapahang.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ Portal Diraja Pahang 2016.