Pergi ke kandungan

Bacem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bacem
Tahu bacem
JenisHidangan, cara memasak Sunting ini di Wikidata
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauJawa Tengah, Yogyakarta
Bahan yang biasa digunakanCoconut water, Gula Melaka Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bacem atau baceman (Hanacaraka: ꦧꦕꦼꦩ꧀) merupakan masakan daripada wilayah Jawa Tengah, serta Yogyakarta timur (Mataraman). Masyarakat Yogyakarta mengemari bacem yang bercitarasakan manis, iaitu dengan bumbu khas dengan gula merah. Bacem ialah sebahagian daripada proses pengawetan makanan, biasanya tempe dan tauhu.[1]

Bacem tempe dan tahu biasa dimakan panas-panas dengan nasi putih. Di daerah Kaliurang, Yogyakarta dikenali sebagai jadah bacem, iaitu jadah yang disajikan bersama-sama dengan tempe dan tahu bacem.[2]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "bacem" berasal daripada perkataan dibacem, di mana ia bermaksud makanan itu direndam dalam air gula atau garam agar menjadi tahan lama.[1][3]

Pembuatan bacem dikaitkan dengan dengan tanam paksa (Jerman: cultuurstelsel), di mana ia diterapkan dalam pemerintahan Hindia Timur Belanda pada pertengahan abad ke-19.[4] Bacem juga merupakan salah satu masakan kesukaan Hamengkubuwono IX, dikutip dari buku Monggo Mampir: Mengudap Rasa Secara Jogja, karya Syafaruddin Murbawono, 2009.[2][5][6] Kisahnya bermula seorang setiausaha dan kerani desa bernama, Sastro Dinomo, juga dikenali sebagai Mbah Carik pada tahun 1927, telah diminta untuk membuat jenis makanan lain yang unik dan berbeza untuk pemberian berikutnya. Setelah berfikir panjang, Sastro Dinomo beserta isterinya telah mendapat idea untuk, mengolah beras pulut menjadi jadah, digabungkan dengan tempe bacem. Pada tahun 1950, warung kecil Mbah Carik telah dibuka di kawasan Telaga Putri, Kaliurang dan dibantu istri dan anak-anaknya. Perniagaan berjalan lancar, dan suatu hari tepatnya pada tahun 1965, Sultan Hamengkubuwana IX (1940-1988) berkunjung ke Kaliurang dan tiba di warung milik Sastro Dinomo. Rasa jadah tempe buatan Mbah Sastro sangat berbeza dengan lain, walaupun pada tahun itu sudah banyak orang yang berniaga dengan masakan sama.[2][5]

Untuk membezakan jadah tempe yang lain, warung kecil ini dinamakan sebagai "Jadah Tempe Mbah Carik", atas buah fikiran Kanjeng Ratu Ayu Hastungkara, isteri kepada sultan Hamengkubuwono IX. Warung ini masih bertahan sehingga kini, dan sudah memasuki generasi keempat Mbah Carik. Saat ini, pembuatan Jadah Tempe Mbah Carik diselia oleh cicit Sastro Dinomo,[7] yang bernama Sudimah Sastro Sartono.[6] Walaubagaimanapun, Sastro Dinomo telah meninggal dunia pada Janauri 2022, pada waktu 18.00 (waktu tempatan) di Kaliurang Selatan, akibat sakit tua.[6]

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Bahan asas bacem adalah tempe atau tauhu atau bahan makanan lain seperti daging ayam atau daging lembu, yang telah dipotong-potong.[8] Rempah bumbu yang digunakan ialah bawang merah, bawang putih, ketumbar, buah keras, dan garam, yang digilingkan atau dihaluskan bersama-sama. Bumbu halus ini akan dicampurkan ke potongan-potongan tempe atau tauhu, dan kemudiannya akan direbus dengan air secukupnya. Di samping itu, daun salam, kepingan lengkuas yang telah dihancurkan, dan hirisan gula merah akan dimasukkan sekali.[8] Bahan-bahan tersebut dimasak hingga air rebusan menjadi berkurang atau kering. Selepas itu, tempe atau tauhu yang telah dibacem dapat digoreng sebelum dihidangkan. Sebagai variasi dalam pembuatan bacem, ia dapat ditambahkan sedikit asam jawa ketika proses merebus; atau juga boleh mengganti air biasa dengan air kelapa untuk merebus.[9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Sutrisno Sastro Utomo., Kamus lengkap Jawa-Indonesia, (dalam bahasa Indonesia), Yogyakarta: Kanisius, 2007, 25
  2. ^ a b c "Sejarah Jadah Tempe: Makanan Khas Yogyakarta Kesukaan Sultan". Tirto.ID (dalam bahasa Indonesia). 29 Julai 2019. Dicapai pada 8 Disember 2020.
  3. ^ "Arti kata Bacem". Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kemendikbud. KBBI Daring (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 Disember 2020.
  4. ^ "Bango Berkisah tentang Bacem". Mix.co.id (dalam bahasa Indonesia). 12 Disember 2014. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  5. ^ a b Syafaruddin Murbawono (2009). Monggo Mampir: Mengudap Rasa Secara Jogja (dalam bahasa Indonesia). PT Gramedia Pustaka Utama. ISBN 9789792240870.
  6. ^ a b c Purnomo Edi (16 Januari 2022). "Legenda Jajanan Jadah Tempe Mbah Carik Meninggal Dunia". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 12 Mei 2022.
  7. ^ PT. Daniasta Perdana (2013). "Jadah Tempe Mbak Carik Kesukaan Ngarso Dalem HB 1X". Adiluhung (dalam bahasa Indonesia). m/s. 43. Dicapai pada 12 Mei 2022.
  8. ^ a b (Indonesia) Tim Dapur Anggrek., 500 Resep Lezat Selera Nusantara, Yogyakarta: Penerbit Pustaka Anggrek, 2009, Hal. 165-166
  9. ^ (Indonesia) Ch. Didit Setyawati., 100 Menu Masakan Tahu Tempe, Yogyakarta: Gradien Mediatama, Hal. 115