Pergi ke kandungan

Onde-onde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Klepon)
Onde-onde
Nama alternatif
  • kelepong
  • klepon
  • kuih buah melaka
  • kuih pancit
  • ondeh-ondeh
JenisSnek Sunting ini di Wikidata
Tempat asalJawa[1][2]
Dicipta olehorang Jawa dan orang Sunda
Bahan utamatepung pulut, gula melaka, kelapa parut
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, air minuman, Pandan wangi, Gula perang, gula, kelapa Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Onde-onde (Jawi: اوندي٢, Sum., Sem. Mel., atau dieja ondeh-ondeh Jawi: اونديه٢ Sg.), klepon (Jawi: كليڤون, Jw.), buah melaka (Jawi: بواه ملاك) atau kuih pancit (Jawi: کوءيه ڤنچيت, Br.) ialah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei[3], Indonesia,[4] Malaysia[5] dan Singapura.[6] Ia diperbuat daripada bebola diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan[7] direbus sebelum disaluti kelapa parut.[8]

Asal

Berdasarkan sumber sejarah,[nyatakan menurut siapa?] kuih ini berasal dari masakan masyarakat pulau Jawa,[1][2] dalam rantau kepulauan Indonesia kini. Warnanya hijau ketika dibumbui dengan pasta yang terbuat dari pandan atau pohon naga, daunnya banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Klepon bermaksud ovari haiwan, bahan yang digunakan sedikit berbeza iaitu penambahan daun suji, tepung ubi dan menggunakan gula Aren iaitu gula orang Jawa. Istilah yang mereka gunakan sangat berbeza dengan perkataan Buah melaka dan Onde-onde yang secara fizikalnya nyata.

Kisah buah melaka dan Onde-Onde

Kuih ini telah pun dicipta sebelum zaman penjajah, selepas kota Melaka dibuka oleh Parameswara, pokok melaka menjadi kebanggaan penduduk Melaka sehingga hari ini[9].

Pokok Melaka di Bukit Melaka
Buah Melaka

Buah melaka (Kuih) diilhamkan daripada pokok buah Melaka iaitu (Phyllanthus emblica) spesies daripada keluarga Gooseberry. Kuih ini berasaskan tepung pulut, daun pandan, gula melaka dan kelapa parut serta garam. Salah satu bahan masakan masyarakat Melaka ialah gula Melaka, gula ini mempunyai kepekatan yang tinggi di Malaysia berbanding gula nise atau gula kabung. Itulah sebabnya Buah melaka (Kuih) mendapat namanya daripada rupa buah melaka dan gabungan gula melaka. Pencuci mulut ini terkenal di kalangan Cina Peranakan dan India Peranakan di Malaysia iaitu Baba Nyonya[10] dan Chetty,Melaka. Selain dikenali sebagai Buah melaka (Kuih), ia juga dipanggil Onde-onde yang berasal daripada perkataan Portugis Onde-oande bermaksud di mana-mana dalam dimana-mana [11]

Kemungkinan apabila Portugis tiba di Kota Melaka, mereka makan Buah melaka (Kuih) dan menjumpai pokok-pokok melaka di merata-rata, lalu mereka menamakannya Onde-onde [12].

Di Singapura panggil Ondeh-ondeh setiap perkataan antara e atau perkataan terakhir e mereka akan menambah huruf H. Manakala di Brunei panggil Kuih pancit sebab bila dimakan gula akan terpercik.

Di Kelantan mereka memanggilnya Onde-onde atau Kekohcar, mereka tidak menggunakan gula melaka, mereka mempunyai gula sendiri iaitu gula nise nise sugar yang menjadi kebanggaan orang Kelantan.

Di Sumatera dan Sulawesi mereka juga memanggilnya Onde-onde, mereka menggunakan gula merah atau gula saka. Selepas Portugis tiba di Melaka, mereka pergi ke Sumatera dan Sulawesi, kemungkinan Onde-onde disebarkan oleh tentera Portugis. Kesultanan Melaka juga sangat dekat dengan Kerajaan Pasai di Sumatera dan Kesultanan Maluku di Sulawesi pada abad ke-15 hingga ke-17 [13][14].

Pembuatan

Dohnya diperbuat daripada tepung pulut yang adakalanya dicampur dengan ubi kayu. Doh ini diwarnakan dengan air perahan daun pandan wangi atau suji.[2]

Penyebaran

Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Galeri

Rujukan

  1. ^ a b 101 Kue Nusantara. Dapur Lestari. Puspa Swara. 2013. m/s. 57. ISBN 9786028453684.
  2. ^ a b c Geneeskundig tijdschrift voor Nederlandsch-Indië, Volume 75 (dalam bahasa Belanda). G. Kolff & Company. 1935.
  3. ^ "Berita 2021b - Pelajari cara hasilkan kuih". Pelita Brunei. Dicapai pada 2024-01-03.
  4. ^ Silvita Agmasari (2020-07-21). "Resep Klepon Tradisional, Cocok untuk Dijual Halaman all". KOMPAS. Dicapai pada 2024-01-03.
  5. ^ Tan Bee Hong (22 June 2016). "Break fast with scenic view". New Straits Times. Dicapai pada 3 October 2016.
  6. ^ "Singaporean Desserts with Gula Melaka: Ondeh Ondeh and Kueh Kosui". Asia Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-03.
  7. ^ Jual 700 biji Akok Sehari. (dalam bahasa Bahasa Melayu) [pautan mati]
  8. ^ Heinz Von Holzen (2014). A New Approach to Indonesian Cooking. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 191. ISBN 9789814634953.
  9. ^ Shazlan Ahmad, Ahmad (7 Oktober 2010). "Buah Melaka@Onde-onde Warisan sejarah Melaka". Sayang Melaka. Dicapai pada 11 Julai 2024.
  10. ^ Ahmad, Shazlan (15 Julai 2024). "Makanan Baba Nyonya yang Terkenal di Melaka". Malaysia Mall. Dicapai pada 2 April 2018.
  11. ^ Ahmad, Shazlan (15 Julai 2024). "Onde-Onde atau Onde-oande berasal daripada perkataan Portugis". Itranslate. Dicapai pada 15 Julai 2024.
  12. ^ Cartas de Affonso de Albuquerque, seguidas de documentos que as elucidam Lisbon, Typ. da Academia real das scientias de Lisboa, hlm.417
  13. ^ Shazlan, Ahmad (22 Julai 2024). "Penjelajahan Portugis di Sumatera". Mildreport. Dicapai pada 27 November 2023.
  14. ^ Ahmad, Shazlan (22 July 2024). "Penjelajahan Portugis di Sulawesi". OxYZb. Dicapai pada 1 January 2005.

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi